Sabah. Semua rakyat berdaftar sebagai pemilih hanya menunggu bila sebenar Dun Negeri ini dibubarkan bagi mereka mengetahui siapa pemimpin politik yang layak diundi kelak.
Apapun kata kata yang diungkap sebilangan oramg parti politik tidak selari dengan pendapat rakyat yang berdaftar sebagai pengundi, malah pengundi Sabah yang berpandangan jauh tidak sama sekali selari dengan agenda sebilangan orang parti politik yang dilaporkan menjadi YB.
Selain dari itu ada juga sebilangan orang parti politik berkempen hanya mahu mempertahankan jawatan mereka terdahulu jika calon dipilih menang, namun bagi pengundi yang berwawasan jauh mereka mahu pemimpin politik yang menerajui Sabah seiring dengan kerajaan pusat seperti Sarawak demi kemajuan yang pesat.
Untuk rekod politik Sarawak seiring dengan kerajaan pusat penuh akrab walaupun kerajaan negeri diterajui oleh Gabungan Parti Sarawak, tidak hairan lah kemajuan Sarawak terserlah dengan pelbagai peningkatan pembangunan yang diperolehi hasil daya usaha dan hubungan baik dengan kerajaan pusat.
Ramai pengundi Sabah mengakui dalam delema bagi memilih pemimpin parti yang bertanding sebagai calon memandangkan amalan politik bermusim, ada juga yang terjun politik namun hanya berjumpa golongan tertentu yang gemar mengadu domba berpenyokong namun pengundi tidak kenal mereka.
Kru Media Terkini yang kerap mendampingi rakyat pengundi dikawasan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri banyak memperolehi pandangan jujur dikalangan pengundi, manakala cubaan menghubungi sebilangan pemimpin pelbagai parti politik seluruh Sabah gagal berikutan semua hubungan dibuat langsung tidak berjawab serta sunyi sepi.
Warga Sabah perlu bijak memilih calon yang bertanding dalam pilihan raya kali ini agar mendapat Calon yang benar benar jujur berkerja demi semua rakyat pengumdi diseluruh Sabah, malah sangat penting hubungan akrab antara pemimpin kerajaan baru Sabah dengan kerajaan pusat madani agar segala yang dirancang untuk seluruh bumi Sabah berjaya dilaksanakan.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan