Khamis, 4 September 2025

PENUNGGANG PEMBONCENG SAMA DEGIL?

Oleh. Koijul Hairol

Sabah. Sebilangan penunggang dan pembonceng motorsikal  terus dengan trend mereka 'biar lah dekat ja', terus bergerak tanpa helmet atau topi keledar diatas jalan raya sambil ditonton pemandu kenderaan lain. 

      Ini lah yang berlaku dinegeri Sabah setiap hari dan menjadi tontonan orang awam tidak kira lelaki, wanita dan kanak kanak serupa sahaja tanpa ada yang menegur, anehnya jika disaman pihak berkuasa ramai pula melenting marah konon nya tidak bertimbangrasa dan pelbagai lagi kemarahan mereka walaupun sudah salah dalam perundangan.

        Kejadian terbaru kiriman pelanggan akbar Media Terkini Borneo mempamerkan penunggang dan pembonceng lelaki dan wanita tanpa helmet disebuah pekan pada siang hari, kejadian serupa dilaporkan hampir setiap hari berlaku tanpa ada yang berani menegur melainkan majoriti warga sekadar menonton perlakuan mereka yang melakukan nya.

          Ramai penunggang dan pembonceng motorsikal setempat bagai tidak kisah dengan perbuatan mereka tanpa helmet tiap hari walaupun terus menjadi tontonan warga sekeliling, warga pembaca Media Terkini melaporkan kejadian serupa bukan perkara baharu namun bila ada petugas beruniform mereka akan tinggalkan motorsikal tepi kedai dan pasar setempat.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan