Khamis, 4 September 2025

MAMPUKAH BN SELAMI POLITIK SABAHAN?

Oleh. Gifkir Aming dan Williem Anak Lagau 

Borneo. Dalam menanti Dun Sabah dibubarkan, adakah BN sudah menyelami situasi politik rakyat negeri tersebut yang mampu berubah dalam sekelip mata, ini sangat mengelirukan jika PH dan Gabungan Rakyat Sabah membentuk kerjasama namun dulaporkan tidak ada perbincangan pula dengan BN. 

       Jika Kerjasama antara PH dan Gabungan Rakyat Sabah  sahaja dimeterai pastinya ada kemungkinan kawasan BN mungkin ditandingi GRS bagi perjuangan politik mereka dimasa hadapan, jika ini bakal berlaku pastinya BN bukan sahaja berdepan GRS, WARISAN, PKDM dan beberapa politik kecil Sabahan lain yang nekad bertanding penuh dalam PRN tersebut. 

        Pengurusi Barisan Nasional Dato' Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri  meyakinkan persediaan mereka didalam pilihan raya wajar turun padang mendengar suara rakyat biasa dipelusuk negeri ini, sebilangan suara pemimpin politik bahagian dan cawangan tanpa mendepani rakyat jelata cara keseluruhan belum menggambarkan satu kemenangan mutlak ujar rakyat yang ditemui. 

       Ada juga warga Sabah melaporkan teknik warga pengundi yang terabai mampu berpusing berpindah parti didalam saat saat akhir jika golongan terlibat diabaikan, pengetahuan ini wajar disedari kepimpinan BN jika mahukan rakyat jelata Sabah kembali setia memberi sokongan kepada mereka pada pilihan raya negeri hujung tahun ini. 

       Apapun suara dan pandangan rakyat Sabah memastikan kemenangan BN dalam PRN akan datang hanya bergantung dengan langkah utama pengurusi parti bagi menggerak anggota bawahan nya bersama rakyat, sedikit kealfaan atau kelalaian mengabaikan rakyat jelata diperingkat bawahan mampu mengurangkan sokongan undi yang diharapkan pada setiap Kerusi Dun yang ditandingi ungkap rakyat hari ini.





Nota. Dilarang menbuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan