Ahad, 21 September 2025

RAMAI TERJUN POLITIK HANYA KEPENTINGAN DIRI

Oleh. Gifkir Aming dan Jusupi Anak Kurdi

Borneo. Ramai berlumba lumba menjadi Ahli Parti Politik dilaporkan sekadar kepentingan diri sendiri berbanding membantu rakyat yang memerlukan, ada juga golongan menceburi bidang parti politik hanya bertekad mahu dipilih calon menang dalam pilihan raya negari setiap kali pilihan raya.

       Perjuangan seumpama banyak kali dirasai oleh rakyat pengundi Sabah namun keazaman membantu rakyat khususnya luar bandar jauh sekali walaupun manis ungkapan kata, ada juga golongan terjun politik mengharap undi rakyat namun membantu warga desa sekadar membaiki paip graviti kena tunggu menang pilihan raya dahulu ungkap warga desa.

       Menurut rakyat pengundi Sabah, ada juga terjun parti politik tempatan sebagai calon bertanding sekadar dibawa kumpulan broker politik jumpa rakyat dipekan pekan terpencil, menjelajah kedudukan perkampungan luar bandar dalam kawasan masing masing jauh sekali membuatkan jiwa pengundi Sabah bukan muda diumpan kata kata manis jelas mereka.

        Ada juga rakyat dinegeri ini mengingatkan seluruh pengundi supaya berhati hati menjadi alat politik kejar YB namun tidak pernah membantu warga desa, sikap seumpama hanya akan merugikan rakyat sendiri dipecahkan mengundi calon yang benar benar berjiwa rakyat namun akibat janji manis undi rakyat berpecah tidak bermakna. 

       Pilihan raya negeri Sabah yang dijangka November 2025 bakal menjadi perhitungan jiwa seluruh pengundi dalam 73 kerusi Dun tersebut bagi memilih calon yang lancar membantu rakyat berpanjangan, jangan sampai undi berpecah pecah sehingga calon yang benar benar prihatin setiap tahun jelajah membantu rakyat luar bandar gagal dipandang pengundi akibat janji manis calon terjun dalam politik.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan