Selasa, 2 September 2025

POLITIK RANAU PANAS

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Ranau. Menjelang pilihan raya negeri Sabah pada November tahun ini daerah Ranau kian panas dalam perebutan Calon Calon yang bertanding dari pelbagai parti Sabahan dan Malaysia amnya.

      Antara kerusi panas yang menjadi rebutan ialah Dun Paginatan, Dun Karanaan dan Dun Kundasang masing masing Presiden Parti menilai wibawa calon, sebaliknya ada juga orang tertentu yang cuba mencari peluang dalam parti politik kawasan tersebut namun dilaporkan tidak ada ruang dalam kaji selidik golongan presiden parti.

       Ini membuatkan banyak rakyat berpuak puak dalam pilihan raya kelak berikutan terpecah dengan percaturan perebutan menjadi calon yang dilapor tidak menjadi kesampaian, sebaik sahaja golongan yang diketepikan didalam sesebuah parti politik berbicara diluar gelanggang ramai warga setempat terpedaya dengan suara mereka dan berpindah sokongan parti lain.

         Ini lah langkah kanan politik yang dilaporkan bagi parlimen Ranau yang bakal megadapi percarutan prn yang dijangka November 2025, tidak dapat diramal siapa parti yang boleh menawan ketiga tiga Dun Karanaan, Dun Paginatan serta Dun Kundasang yang kini dipegang GRS, STAR dan PBS  tegas penduduk tempatan.

        Sehingga berita ini ditulis sukar menghubungi tokoh tokoh politik setempat apa tak lagi berpandukan telipon langsung tidak berjawab, namun seluruh rakyat pengundi Parlimen Ranau berupaya menilai calon yang bertanding  sejauh manakah keprihatinan mereka pada penduduk setempat jangka panjang.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat pelbagai iklan didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan