Tebing Barat. Dalam kezaliman rejim zionis Israel
Yang Israel buru tidak kelihatan namun yang cedera parah dan terbunuh adalah rakyat awam Palestin dan Lubnan tanpa ada rasa bersalah atau memohon maaf dengan keluarga mangsa, selain dari itu sesekali Israel melakukan provokasi keatas pengaman UNIFIL yang bertugas sebagai pengaman tanpa dihormati Israel badan bangsa bangsa bersatu berkenaan sehingga lah kehari ini.
Kebanyakan pemimpin negara negara maju seluruh dunia mengutuk tindakan rejim Zionis Israel menyerang pejuang namun orang awam yang menjadi mangsa, bayangkan pejuang yang diburu tidak muncul dilokasi sasaran sebaliknya yang membanjiri kawasan berkenaan adalah rakyat awam yang tidak berkait kumpulan pejuang.
Menurut sumber semua anggota pejuang dilaporkan memiliki pakaian seragam mirip ala tentera dan bersenjata namun yang diserang Israel adalah rakyat awam sampai cedera dan terbunuh, ramai mempersoalkan Israel mengapa tidak mampu mengesan kumpulan pejuang yang diburu berbanding orang awam yang sentiasa menjadi sasaran senjata Israel setiap hari.
Para pemimpin negara negara dalam anggota Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) mampu mengkaji segala perilaku Israel keatas Gaza, Qatar dan Iran, jika ini gagal dihalang serta merta mula dari sekarang ia membimbangkan bakal menular dimana mana negara berhampiran Arab dimasa akan datang.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan