Selasa, 30 September 2025

DULU DAN TERKINI KATA WARGA

Oleh. Gifkir Aming

Tampaluri. Selangkah demi selangkah menjejaki perkembangan disetiap 

kawasan sampai ke Tampaluri.

    Kebanyakan syarikat swasta mengurak langkah membuka perniagaan sekitar kawasan tersebut namun pekan tidak banyak berubah dari dahulu sampai masa kini ungkap warga tempatan. 

      Kru Media Terkini mendapatkan beberapa pandangan warga tempatan bahawa terlalu banyak parti politik Sabahan dikawasan tersebut namun masih tidak banyak perubahan sampai hari ini, setiap parti politik yang diluluskan oleh ROS pasti akan ada yang membukanya dibahagian Tampaluri sebagai perjuangan semuanya kearah pembangunan serta ekonomi warga setempat.

       Sebaliknya penduduk kawasan Tampaluri mengaku hanya mendengar nama nama parti yang dibawa kekawasan tersebut namun mereka tidak nampak apa yang sampaikan kepada rakyat setempat, kini menjelang pilihan raya negeri Sabah parti politik kawasan Tampaluri saling meraih sokongan segenap lapisan rakyat setempat masing masing bertekad meletak calon dalam pilihan raya akan datang. 

     Hanya rakyat berdaftar sebagai pengundi yang boleh menilai pemimpin prihatin kepada semua rakyat tanpa wujud pilih kasih apa tak lagi golongan yang memburu jawatan jika menang dalam PRN, sesekali rakyat berdaftar sebagai pengundi harus berfikiran terbuka dan luas bagi menyelami keupayaan orang politik bagaimana hubungan mereka dengan pemimpin luar amnya media antara bangsa.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan