Selasa, 23 September 2025

BAGAIMANA PENGEMIS MUDA DAPAT DUIT?

Oleh. Rozaili Kirwan

Sabah. Berkumpulan peminta sedekah bergerak dilorong lorang bangunan kedai menghulur tangan bagi meminta wang makan tiap hari kepada sesiapa sahaja yang ditemui, namun ramai juga warga yang tidak meragui kumpulan terlibat dari mana asal mereka dan siapa sebenar kumpulan mereka. 

        Satu lagi yang sangat meragukan adalah anak anak yang dibawa berbeza warna kulit dari orang pembawa antara hitam manis orang tua, manakala anak yang dibawa kadangkala warna putih sebagai tujuan meraih simpati dengan setiap orang yang ditemui agar banyak wang diperolehi. 

         Ini lah rutin harian para peminta wang sedekah dalam Sabah yang sekadar dipandang setiap orang yang melintasi mereka walaupun pertambahan mereka sangat mendadak setiap bulan, malah sebilangan ahli ahli parti politik yang ditemui enggan mengulas kes peminta wang sedekah yang bergerak bebas setiap hari disetiap daerah dan pekan didalam negeri ini walaupun berlarutan sejak sekian lama.

      Kebanyakan warga Sabah yang melaporkan kes tersebut meminta nama mereka dirashiakan berikutan keselamatan diri mereka dalam perjalanan setiap hari, malah mereka meminta pihak berkuasa kerajaan pusat turun padang melakukan penyamaran ke Sabah khususnya Kota Kinabalu, Tg. Aru, Donggongon dan Inanam jelas mereka. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan