Rabu, 24 September 2025

DELEMA KERJASAMA TIDAK SEHALUAN?

Oleh. Basron Kirwan dan Koijul Hairol   

Sabah. Penduduk negeri ini saling melontarkan persoalan masing masing apa akan jadi kerjasama antara BN dan PH pada pilihan raya negeri  Sabah November ini, selain dari itu serupa juga dengan kerjasama antara GRS dan Pakatan Harapan yang terus mengelirukan golongan pengundi. 

       BN dan PH dilaporkan sudah berbincang kerjasama bagi pengagihan kerusi Dun Sabah namun GRS dan PH juga tiba tiba sudah berbincang  mengadakan kerjasama penuh tanda tanya, banyak pemimpin parti dalam GRS seringkali mengumumkan tidak akan berkerjasama dengan BN  pada PRN yang dijangka berlaku November ini disifatkan penduduk Sabah mengelirukan.

       Menurut penduduk Sabah hari ini, jika BN dan PH kerjasama dalam pengagihan kerusi Dun Sabah sedangkan kerusi yang ditandingi BN akan ditentang oleh GRS siapakah jentera PH akan bantu, adakah jentera PH berkecuali dalam berkempen bagi pertembungan GRS dan BN sangat menjadi perbualan hangat warga pengundi dalam negeri ini setiap hari malah ramai juga yang tersenyum.

      Kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah berjumlah 73 kerusi masa kini bakal menjadi pertarungan parti parti yang bertanding dalam PRN ke 17 yang dijangka November 2025, antara menjadi bualan pengundi Sabah masa kini ialah Perikatan Nasional, Parti WARISAN, Parti PKDM dan pelbagai parti kecil tempatan Sabahan semuanya berhasrat mahu menang PRN kelak. 

      Apapun kerjasama BN dan PH masih diyakini sebilangan pengundi Sabah namun dalam pengumuman GRS kerjasama dengan PH sudah banyak teka teki pengundi bagaimana jentera kempen dilaksanakan kelak, antara yang sangat mengelirukan ialah bila GRS berlawan dengan BN jentera PH hendak berkempen memenangkan siapa kedua dua kerjasama nya kelak pastinya memberi ruang parti parti lawan menjadi pilihan pengundi tegas warga yang ditemui.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan