Sabah. Tragedi banjir besar dan tanah runtuh bagi negeri ini perlu kajian terperinci agar semua masaalah boleh di
Majoriti tanah rendah serta berhampiran sungai kerap dilanda banjir besar sepanjang masa musim tengkujuh, demikian juga pada kawasan tanah tinggi dan cerun curam tidak terlepas menjadi runtuh setiap musim hujan lebat apa tak lagi jika dibiarkan menjadi timbunan sampah kawasan terlibat.
Semua faktor ini perlu pemantauan sepanjang tahun agar segala musibah mampu dikurangkan khususnya bagi setiap perkampungan warganegara Malaysia, selain dari itu status pertumbuhan rumah setinggan perlu kawalan ketat walau dimana sekalipun berada bagi mengelak sampah tidak terhitung punca tanah runtuh.
Sebilangan suara penduduk asli Sabah kepada Media Terkini Borneo yang merasa sedih dengan tragedi bencana alam negeri ini sehingga meragut nyawa yang menyanyat hati beberapa keluarga terlibat, faktor pembaikan sungai secara berkala setiap tahun juga sangat penting supaya air banjir tidak akan melimpah pada Jambatan yang dilalui kenderaan setiap hari apa tak lagi jambatan yang dibina separas dengan dasar sungai.
Kata warga Sabah lagi, pembinaan Jambatan yang tidak bertiang atau separas dasar permukaan sungai seharusnya dihentikan dan ditukar Jambatan Kongkrit Bertiang, ini bagi mengelak setiap kenderaan agar tidak terperangkap melintas setiap musim tengkujuh terutama luar bandar apa tak lagi kakitangan agensi kerajaan yang sedang bertugas.
Bencana alam Sabah tahun ini dilaporkan warga Sabah sangat menyentuh setiap jiwa warga mereka bukan sahaja kehilangan keluarga, sebaliknya terlalu ramai yang kemusnahan rumah, barangan dalam rumah serta kenderaan diluar rumah yang tidak sempat diselamatkan jelas mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan