Bantuan Gaza. Pelayaran kumpulan Global Sumud Fotilla yang membawa bantuan ke Gaza menjadi tanda tanya setibanya diperairan zon kuning tiba tiba kapal tentera Itali berhenti mengiringi mereka.
Sehingga hari ini dilaporkan hanya kapal tentera Turki yang masih terus mengiringi semua kumpulan Global Sumud Fotilla walau menghampiri kawasan zon merah, kawasan berkenaan adalah satu kawasan yang boleh diandaikan apapun boleh berlaku berdasarkan kekejaman Israel yang tidak mahu Gaza dibantu melainkan kekuasaan mereka.
Kebanyakan penduduk Gaza tertanya tanya mengapa dunia tidak membekalkan pengiring tentera lebih banyak terhadap kumpulan Global Sumud Fotilla supaya selamat sampai ke Gaza dan selamat kembali kenegara asal masing masing, malah zionos Israel tidak pernah mengenal erti simpati jika mereka merasa tercabar segalanya mereka (Israel) boleh lakukan tawanan, pembunuhan dan kapal ditenggelamkan sebagai tindak balas mereka jika sesuatu yang mendatang menggugat mereka.
Apapun ramai mendoakan agar kumpulan Global Sumud Fotillah selamat sampai kepada semua warga Gaza yang memerlukan bantuan setiap masa mereka, selain dari itu doa juga agar Kumpulan Sumud Futillah selamat kembali kenegara masing masing tanpa sebarang ancaman mahupun provokasi dari pihak yang tidak bertanggongjawab.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan