Isnin, 29 September 2025

ISRAEL TERUS MENYERANG

Oleh. Huzera Ben dan Helary Sukiono 

Gaza. Rejim zionis Israel tidak pernah menyedari tekanan negara negara anggota PBB dihimpunan New York  yang mengiktiraf negara Palestine serta menamatkan perang pencerobohan di Gaza.

      Setiap hari tidak sah jika tidak ada serangan bunuh serta kecederaan oleh zionis Israel dibumi Gaza yang majoriti dilaporkan rakyat awam Palestine, apa kah seluruh negara anggota PBB tidak ada cara lain lagi bagi mengambil tindakan agar Israel keluar dari seluruh pelusuk bumi Gaza demi nyawa seluruh rakyat Palestin dikawasan tersebut.

       Kata warga Palestin di Gaza lagi, alasan Israel memburu pejuang Hamas, AlQassam dan Hizbollah dilaporkan sebagai langkah mereka bagi menakluki bumi Gaza, majoriti yang terbunuh dalam setiap serangan Israel di Gaza adalah orang awam rakyat Palestin yang tidak berkaitan dengan setiap nama pejuang yang diburu.

        Selepas mesyuarat PBB di New York telahan masyarakat antara bangsa akan kesedaran Israel menghentikan pencerobohan dan pembunuhan orang awam di Gaza tidak berlaku, malah lebih ganas gandaan serangan Israel memusnahkan setiap bangunan awam serta membunuh rakyat Palestin yang langsung tidak berkaitan dengan pasukan para pejuang.

       Hanya anggota dalam PBB sahaja yang boleh memutuskan sebarang tindakan yang dikenakan terhadap Israel yang memusnahkan bumi Gaza masa kini, Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu yang ada kuasa hendaklah bertindak mengikut perundangan didalam PBB segala perbuatan membunuh orang awam serta memusnahkan harta benda awam.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan