Isnin, 22 September 2025

GAZA MUSNAH TAWANAN HAMAS KEMANA DIBAWA?

Oleh. Danny Rew dan Helary Sukiono

Palestin. Setiap hari Israel menghancurkan 
prasarana serta membunuh warga Palestin ditanah Gaza, namun tidak diketahui nasib rakyat Israel terutama askar yang ditawan Pejuang Hamas dan AlQassam apakah nasib mereka masa kini.

        Hamas dan AlQassam yang sebelum ini dilaporkan menguasai Gaza dengan menyimpan tahanan dari Israel tidak dipastikan kemana lagi kubu persembunyian mereka, hanya sesekali sahaja mereka mengeluarkan kenyataan penuh dendam dengan kekejaman zionis Israel namun tidak ada yang tahu dimana pejuang terlibat bersembunyi.

         Berdasarkan pemandangan di Gaza masa kini hanya rakyat Palestin yang tidak ada tempat hendak berpindah sahaja menduduki bongkah bangunan rumah kediaman mereka penuh tangisan, dengan ketiadaan perubatan dan bekalan air bersih berserta pula dengan ketiadaan sumber  makanan rakyat Palestin hanya mengharap bantuan ehsan dari seluruh dunia yang iklas membantu. 

       Kekejaman Israel memusnahkan Gaza hanya berpandukan memburu pejuang Hamas dan Pejuang AlQassam namun mengapa membunuh orang awam serta memusnahkan rumah serta bangunan awam, malah mengapa sampai menyerang Negara Lubnan hanya dengan alasan yang sama memburu Pejuang Hizbollah sedangkan kemusnahan dan kematian bangunan awam serta orang ramai tidak berkaitan.

        Sehingga kini Israel masih memusnahkan Gaza sehingga puluhan ribu terkorban dan ratusan ribu mengalami kecederaan namun tidak juga mampu tumpaskan kumpulan pejuang, ini terus menjadi perhatian para pemimpin negara negara maju serta negara negara membangun bahawa betapa perlunya mengistiharkan kemerdekaan negara Palestin demi melindungi rakyatnya.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan