Isnin, 6 Mei 2024

URUSNIAGA SABAH MENGELIRUKAN

Oleh. Gifkir Aming

Sabah. Perniagaan dari meja ke meja kedai kopi dan kedai makan umpama makan tulang harga RM3.00 dikedai mereka jual RM10.00 sebungkus. 

Ini lah urusniaga yang bergerak seluruh negeri ini tanpa pemantauan semua pihak dari awal pagi hingga kepetang disifatkan makan tulang dan isi manusia yang membeli,  bayangkan lah mereka dengan kertas notis dilampir atas meja ketika orang makan dan minum tiba tiba datang golongan penjual melaporkan harga RM10.00 sebungkus sedangkan harga sebenar RM3.00 sahaja.

Trend perniagaan ini dikuasai orang asing dahulu namun kini ianya dilaporkan sudah mula diambil alih oleh warga tempatan  serupa juga harga makan isi dan tulang pelanggan, bayangkan lah golongan yang tidak tahu harga sebenar barangan yang mereka jual RM10.00 sebungkus kecil pasti menuding jari menyalahkan kerajaan.

Hakikatnya yang menaik kos harga barangan ada lah peniaga yang tamak ambil keuntungan secara bergerak tanpa disedari orang sekeliling dan tahu membeli sahaja, jika peniaga seumpama tidak dikawal oleh seluruh agensi kerajaan Sabah pasti lebih ramai warga tertipu membeli barangan yang berganda ganda harganya setiap hari.

Kegiatan peniaga bergerak ini telah lama dilaporkan beroperasi secara berpindah pindah namun langsung tidak diambil perhatian golongan yang menemui mereka, hanya warga yang sedar harga umpama keropok RM3.00 dikedai runcit namun mereka peniaga  bergerak menjual RM10.00 sebungkus tanpa orang sedari.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan