Ahad, 5 Mei 2024

PEJUANG CUBA CARI GABUNGAN DISABAH

Oleh. Gifkir Aming

Sabah. Kepimpinan Parti Pejuang dilapurkan sedang merancang cuba mencari rakan gabungan terhadap parti parti tempatan Sabah menjelang PRN akan datang, Pejuang juga berusaha mahu menambah keahlian parti mereka disetiap bahagian agar mampu mendapat sokongan penuh dalam agenda perjuangan parti mereka dari masa kesemasa.

Impian Parti Pejuang yang disampaikan Presidennya di Kota Kinabalu dekat sini dalam Majlis Hari Raya anjuran parti tersebut. 

Mampukah kepimpinan setiap bahagian menambah keahlian mereka dengan lebih membanggakan parti diperingkat pusat sehingga PRN Sabah akan datang, selain dari itu adakah GRS akan menerima PEJUANG Sabah sebagai rakan dalam gabungan menjelang PRN negeri ini selewat lewatnya tahun 2025.

Apa pun perancangan Pejuang kepimpinan bahagian mereka dalam Sabah wajib turun padang bagi menemui rakyat jelata menyokong mereka, jika kepimpinan sebilangan bahagian mereka yang dilapor terus mendiamkan diri dengan menunggu rakyat sendiri jumpa mereka mungkin ianya langkah yang sukar.

Hanya jentera Pejuang Sabah sahaja yang tahu sejauh manakan rakyat jelata negeri ini menerima halatuju perjuangan mereka, rakyat jelata Sabah juga bukan muda diajak menyertai mana mana parti politik dengan sendirinya menemui parti berkenaan.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan