Khamis, 2 Mei 2024

APA ADA DI KOTA KINABALU

Oleh. Gifkir Aming 

Kota Kinabalu. Pusat sehenti bandaraya Ibu Negeri gah pada nama dan rebutan pelancong datang setiap masa, namun sesekali terancat mata memandang apabila warga dipercayai asing bebas HIDU GAM dilorong pejalan kaki hampir setiap hari. 

Bagaimana mahu sembunyikan golongan PENGHIDU GAM selagi mereka bebas berkeliaran diseluruh bandaraya Kota Kinabalu tanpa dihiraukan sebilangan orang tempatan Sabah.

Menurut aktivis warga Sabah di Kota Kinabalu, selain PENGHIDU GAM KASUT Kota Kinabalu juga dipenuhi PEMINTA SEDEKAH JALANAN juga dipercayai warga asing. 

Ada juga warga Sabah mendakwa sukar mengenali warga asing meminta sedekah memandangkan golongan terlibat tidak bercakap sepatah kata pun. 

Dua perkara yang mengganggu pemandangan masyarakat dalam dan luar negara ini melibatkan PENGHIDU GAM dan PEMINTA SEDEKAH sukar dihentikan tanpa kerjasama semua lapisan masyarakat serta pihak berkuasa tempatan.

Sehingga berita ini ditulis tidak ada tanda tanda kehilangan PENGHIDU GAM serta PEMINTA SEDEKAH diseluruh Kota Kinabalu setiap hari ujar orang ramai.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan