Sabtu, 4 Mei 2024

BERPERISAI AFV COMMANDO

"Ada Keperluan Siap Siaga Dikawasan Panas Dengan AFV COMMANDO V 150 Sepanjang Masa, Bukan Untuk Berkala Sahaja Sebaliknya Kewajaran Bagi Pemantauan Setiap Masa" 

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Setiap negeri yang memiliki sempadan panas dengan kumpulan pemisah atau pengganas dengan negara negara jiran harus menggunakan Perisai AF COMMANDO V 150 sebagai pertahanan sebarang kemungkinan.

Ianya penting digunapakai bagi memantau ancaman pihak pemisah mahupun pengganas yang tidak dikenali umpama musuh dalam selimut, persediaan awal sangat penting bagi mengekang tindakan penyusupan mahupun perancangan kumpulan pemisah mahupun pengganas disetiap lokasi persempadanan.

Syor beberapa aktivis masyarakat dan beberapa pesara angkatan bersenjata Malaysia berikutan keberanian pemisan amnya pengganas masa kini sanggup menembak dan mengebom pasukan polis Thailand baru baru ini ujar mereka.

Tambah mereka lagi, keberanian sebilangan perusuh dalam negara sangat merbahaya berikutan bukan sahaja bergaduh menggunakan tangan namun masa kini, mereka menggunakan senjata tajam seperti parang disamping ada juga orang luar negara masuk negara ini melakukan pelbagai jenayah menggunakan senjata api.

Dalam konteks ini, setiap kerajaan negeri perlu melengkapkan pasukan keselamatan yang bertugas sepanjang masa bagi mengelak sesuatu ancaman, selain dari itu isu pemalsuan Kad Pengenalan juga harus diberi perhatian sirius bagi mengelak Pendatang Asing tanpa izin menjadi Pengawal Keselamatan mahupun beberapa Kumpulan Sukarelawan setiap masa.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan