Jumaat, 3 Mei 2024

ISU ISU TANAH SABAH

 "Rakyat Sana Sini

Dalam Negeri ini Bercakap Tanah Mereka Dirampas, Manakala Syarikat Pula Dituduh Bertanggongjawab Merampas  Tanah Rakyat"

Oleh. Williem Anak Lagau 

Sabah. Sebilangan mastarakat negeri ini ghairah membangkitkan isu tanah rakyat dirampas manakala syarikat dituduh merampas tanah, ini kemelut yang kerap berlaku dinegeri ini tanpa penghujung nya namun tidak dapat dipastikan siapa benar dan siapa salah dalam konteks serupa.

Untuk rekod tanah yang dibenarkan pemilikan sementara oleh pihak berkuasa tempatan mesti memiliki surat rasmi (gambar disertakan) agar tidak ada yang berani mengambilnya, majoriti yang berlaku kes pengambilan tanah adalah antara penduduk kampung berhampiran dengan syarikat syarikat berdaftar entah dimana silapnya.

Satu persoalan berhubung dengan pengambilan tahan antara penduduk dengan syarikat berdaftar ialah mengapa kepimpinan kerajaan setempat, melibatkan Ketua Kampung, Pemimpin Pembangunan Masyarakat serta ADUN atau Ahli Parlimen yang menjaga kawasan mereka sehingga geran dikeluarkan kepada syarikat tertentu.

Bagi warga penduduk setempat pula mendedahkan mengapa dibiarkan kejadian seumpama sampai geran tanah bertukar kepada syarikat berdaftar, tanpa dituntut menerusi proses undang undang dengan mohon bantuan bersama WAKIL DUN serta WAKIL PARLIMEN mereka jika benar ianya merupakan tanah keturunan mereka ratusan tahun dahulu soal orang asli Sabahan.

Sejak kebelakangan ini terlalu banyak kes yang mendakwa tanah warisan keturunan mereka dambil pihak syarikat berdaftar;  namun Wakil Dun dan Wakil Parlimen setempat  bagai tidak dimaklumkan golongan terlibat sehingga bertindak sendiri menyebabkan pasukan keselamatan menahan golongan terlibat.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan