Jumaat, 3 Mei 2024

PENGGUNA KURANG TAHU HAK MEREKA

Oleh. Gifkir Aming

Sabah. Ramai pengguna pengangkutan awam seperti BUS MINI dilaporkan tidak tahu hak mereka selaku pengguna pengangkutan Bus Mini sehingga dipermainkan oleh sebilangan pemandu tidak bertanggongjawab 

Terdapat pengguna (penumpang) bus mini dilaporkan sesuka hati dibuang pemandu ditepi bus stop bagi menggejar penumpang dilorong jalan bertentangan sebelah yang penuh sesak bus stop, masa tersebutlah sebilangan penumpang tidak mengetahui hak mereka walaupun diarah turun pemandu bus berkenaan pada pertengahan jalan tanpa sampai kelokasi yang dituju.

Isu ini dilaporkan bukan perkara baharu malah bertahun sudah sebilangan pemandu mempermainkan penumpang dengan menurunkan mereka ditengah jalan, penumpang kena berani bersuara dengan melaporkan kepada JPJ atau mana mana Jabatan yang ada kaitan dengan Bus Mini Pengangkutan Awam negeri Sabah.

Pemandu Bus Mini tidak boleh sesuka hati menurunkan penumpang jika tidak sampai ketempat yang mereka tuju apa tak  lagi mengenakan kos tambang yang terlalu tinggi.

Sehubungan dengan paparan ini penumpang haruslah mengetahui hak hak mereka sebagai penumpang Bus Mini atau apa juga pengangkutan awam jika wujud keraguan  perbuatan pemandu bus mini disetiap Bus Stop sepanjang jalan raya yang dilalui.






Nota. Diarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam.akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan