Ahad, 5 Mei 2024

MAMPUKAH ISRAEL TUNDUK DENGAN PERARAKAN JALANAN SEDUNIA?

"Perarakan Jalanan Dalam Angka Ribu Hingga Puluhan Ribu Orang Sebagai Menentang Kezaliman Israel Adakah Mereka (Israel) Segera Tunduk, Atau Zionis Israel Terus Membedil Setiap Inci
Bumi Gaza Dan Rafah Bagai Tidak Kenal Sebarang Tekanan Dunia Sampai Masa Kini" 

Oleh. Williem Anak Lagau dan Basron 

Kirwan 

Kuala Lumpur. Solideriti himpunan berjalan kaki sebagai protes membantah kekejaman Israel jelas mendapat sambutan bukan sahaja rakyat jelata malah turut disertai bekas bekas pemimpin negara ini secara aman, namun adakah Israel tunduk dengan perarakan jalanan bukan sahaja dalam Malaysia malah pernah dilakukan di United Kingdom serta Amerika Syarikat  sebelum ini namun Israel kekal terus mengganas sampai ke Iran.

Cabaran penunjuk perasaan cara aman adalah sejauh manakah penerimaan Israel dengan protes bantahan seumpama walau puluhan ribu berarak, selain dari itu adakah Presiden Amerika Syarikat juga terus bertindak menghentikan serangan tentera Israel terhadap Gaza dan Rafah serta merta.

Semua penunjuk perasaan menentang kekejaman Israel bukan sahaja dalam negara Malaysia malah negara negara barat juga kerap melakukan himpunan termasuk juga rakyat Israel sendiri, namun semua nya tidak mampu menghalang kekejaman Israel menyerang Gaza dan Rafah termasuklah sempadan Iran serta Lubnan dan Syria selagi Israel terus mendapat sokongan Amerika Syarikat. 

Sehingga berita ini ditulis belum ada tanda tanda Israel mahu menghentikan serangan kestas Gaza dan Rafah dengan dilapor puluhan ribu sudah terkorban rakyat Plastine akibat serangan Tentera Israel.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan