Selasa, 7 Mei 2024

MENGAPA SETIAP HARI BERLAKU?

Oleh. Gifkir Aming 

Kota Kinabalu. Ramai warga terkilan sebilangan penunggang Motorsikal mengabaikan pemakaian HELMET (TOPI KLEDER) demi keselamatan mereka sendiri. 

Malah golongan terlibat sangat angkuh melintasi orang awam disekeliling mereka tanpa ada sedikit pun rasa hormat warga memerhati perbuatan mereka, bayangkan jika berlaku kemalangan jalan raya sekitar laluan mereka adakah warga menyalahkan kerajaan diatas kelalaian penunggang terlibat yang cuai.

Dalam perbuatan penunggang Motorsikal yang tidak memakai Topi Kleder (Helmet) ramai warga hanya melihat tanpa melaporkan kepada pihak penguatkuasa, tidak hairan lah setiap hari ada sahaja golongan muda mempamerkan belang mereka menunggang Motorsikal tanpa HELMET (Topi Kleder) bagai hero sepanjang jalan.

Golongan ibu bapa mereka yang berbuat sedemikian bagai tidak risau cara pemanduan anak anak mereka dijalan raya tiap hari,  namun bagaimana jika penunggang Motorsikal berkenaan terlibat dalam kemalangan jalan raya tanpa HELMET dipakai dapatkah ibu bapa mereka terima kenyataan ?, ujar warga Sabah yang ditemui.




Nota. Dilarang membuat ulasan  berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan