Sabtu, 4 Mei 2024

ISU PENYELUDUPAN SENJATA SEMPADAN THAILAND KELANTAN

Oleh. Norsham Haji Tukirin

Sungai Golok. Bagaimana membenteras penyusupan masuk Senjata Api dari Thailand ke Kelantan dengan hanya menyeberangi sungai Golok sahaja tidak sampai dua puluh minit menyeberang.

Kebimbangan penduduk Kelantan sepanjang pesisir sungai Golok kawasan Malaysia dimana kebanyakan pengedar dadah dan ketua penyeludupan yang melakukan nya sebagai senjata mereka dalam ancaman sesama pengedar atau penyeludup, selain dari itu pengedar dan penyeludup juga menggunakan senjata api berkenaan jika terdesak diburu kedua dua pasukan Polis Thailand dan Malaysia yang sentiasa melakukan rondaan setiap masa sekitar persempadanan negara.

Dalam kegiatan para penyeludup senjata api kedua dua negara antara Malaysia dan Thailand mengapa tidak digunapakai pesara Tentera bagi mendepani kes terlibat, jumlah pesara Tentera yang dibawah 55 tahun ramai jika dikerah bagi menggalas tugas tanpa perlu berlatih dengan pengalaman mereka sedia ada pastinya berupaya mencegahnya lapor beberapa badan NGO hari ini. 

Berdasarkan rekod tentera yang bersara wajib selama 21 tahun berkhidmat pastinya masih ramai mereka yang berwibawa menggalas tugas mengekang penyeludupan dadah mahupun senjata api kedalam negara menerusi setiap sempadan. 

Selain dari itu kerajaan negeri juga wajar mengatur langkah bagi memberi nasihat kepada setiap penduduk sepanjang persempadanan Sungai Golok agar tidak berdiam diri melihat atau mengenali kelibat penyeludup dadah dan senjata api.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan