Isnin, 6 Mei 2024

SEMAKIN BERJAWATAN KIAN ANGKUH DIRI

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Sabah. Amalan angkuh sebilangan pegawai lantikan politik mula dibenci rakyat pengundi merangkumi tujuh puluh tiga kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah sejak dua tahun yang lalu.

Ini dijelaskan golongan pengundi warga luar bandar berikutan ada pegawai kerajaan lantikan politik dilaporkan langsung tidak menjawab talipon panggilan rakyat setempat.

Ada juga pegawai kerajaan lantikan politik berpura pura tidak kenal bila ditegur rakyat pengundi dikawasan mereka, tidak hairan lah penduduk yang keciwa dipandang sinis tidak dikenali golongan pegawai kerajaan lantikan politik beralih sokongan parti akibat pegawai terlibat sombong dan angkuh jelas mereka.

Sesuatu yang menyedihkan ialah jika rakyat jelata yang keciwa jika menyokong parti politik pemnangkang pasti mampu menewaskan parti yang memerintah dikawasan terlibat, maka rakyat peribumi Sabah menggesa parti parti politik yang menubuhkan kerajaan negeri Sabah turun padang bagi menilai hubungan rakyat keatas pegawai lantikan mereka. 

Isu pegawai kerajaan negeri lantikan politik sombong dan angkuh dilaporkan bukan setahun dua namun kurang pemantauan kepimpinan parti politik mereka, harapan orang Sabah berdaftar sebagai pemilih agar pemimpin tertinggi parti politik mereka benar benar turun padang mengambil langkah drastik perkara tersebut.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan