Ahad, 24 Mei 2020

Oleh. Gason Dumiri
Aidilfitri pertama Media Terkini menerima ucapan khas Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin dengan syukur
kerjasama dikalangan pembaca setia kami sampai kehari ini. Anda semua merupakan sumber inspirasi kami meneruskan perjuangan bersama dalam industri penyiaran sejak 1998.
1. OKK Marino Ahmad @ Sumali 2. Razali Raji  3. Kumin Gabpai 4. Juanis Tulah 5. Azmi Kinsiu 6. Matsaman 7. Miasin Mion 8. Donius Bulangou 9. Mohd. Lin Haji Harun 10. KAN Enus Angun 11. En. Erus
Kami kru penyiaran Media Terkini Online Edisi Sabah terharu dengan sokongan dan ungkapan ucapan raya pada hari ini 24 Mei 2020 semoga kalian semua sentiasa mendapat perlindungan dari Tuhan maha berkuasa.
Setinggi Penghargaan Terima Kasih Dari Kami Unit Penyiaran Media Terkini Online Edisi Sabah Dibawah Naungan Sykt. Azom Productiobs House Malaysia Kuala Lumpur.

Sabtu, 23 Mei 2020

 BERAYA BERMUSUH JIRAN TETANGGA
Oleh. Gason Dumiri
Sabah. Sambutan aidilfitri tahun 2020 bukan sahaja suram oleh Covid 19 malah dilaporkan terdapat cerita menarik berikutan ada yang menyambut hari raya bermusuhan dengan warga kampung tanpa memohon maaf termasuklah jiran tetangga dipercayai hilang pertimbangan diri selepas disumpah ibu bapa berpuluh tahun yang lalu tanpa meminta maaf sehingga ditinggal kedua orangtuanya, apa yang menarik perhatian generasi masa kini adalah ketidak sedaran segala kesalahan golongan terlibat bukan sahaja pada kedua orang tua mereka malah melebarkan kepada warga kampung namun masih menegak diri mereka sampai keanak cucu benar dan orang kampung yang dipersalahkan namun beraya sakan tanpa halatuju iman mereka apa tak lagi mempelajari tauhid agama jauh sekali bak kata orang siapa sahaja tidak turut kata kata keturunan berkenaan dijadikan musuh.
Peristiwa ini dilaporkan berlaku dalam sempadan Kota Kinabalu dan Tuaran sejak lebih kurang dua puluh tahun yang lalu hingga kini dipulau oleh masyarakat sekeliling serta sanak saudara juga menjauhi keturunan mereka, beberapa masyarakat Kota Kinabalu yang ditemui menjelaskan anak cucu yang pernah disumpah ibu bapa kandung jika gagal memohon maaf sepanjang usia orang tua masih hidup terlalu sukar merubah siasah diri malah akan terus bermusuh dengan jiran tetangga tiap masa walau pun tanpa sebarang sebab utama jelas mereka.

BAGAIMANA COVID 19 DALAM SITUASI SERUPA
Oleh. Helary Sukiono
Jakarta. Bagaimana membendung Covid 19 jika berada dalam situasi serupa ini saban hari langsung tidak ada penjarakan sosial dipelusuk pusat membeli belah terutama menjelang sesuatu perayaan, malah mana mana negara yang menghadapi situasi seumpama pasti panik dan tidak tahu apa lagi tindakan harus dibuat bagi membendung rangkaian Covid 19 yang menular seluruh dunia masa kini.
Sesungguhnya hari lebaran ini perbuatan tidak ada penjarakan sosial perlu lah dihentikan dimana juga berada supaya sama sama memutuskan rangkaian Covid 19.
AKHLAK WANITA SERBA SERBI DINILAI
Oleh. Jusupi Kurdi
Pelbagai isu disuarakan masyarakat hari ini mengapa terlalu ramai menjadi ibu tunggal berpisah dengan sang suami dinegara ini sedangkan masing masing berkerjaya serta memiliki pegangan agama yang serba lengkap disamping berpendidikan yang serba boleh membuatkan ramai yang membuat pelbagai andaian negetif mahupun positif menilai diri golongan terlibat.
Beberapa wargatua yang sempat ditemubual meluahkan beberapa perkara punca punca generasi muda mudi bercerai berai iaitu kurang kesempurnaan pegangan akidah agama sebenar disamping diselubungi hati tak puas dengan apa yang ada dalam hidup bersama menyebabkan perasaan berkecamuk dan tidak memiliki ketenteraman jiwa bersama tambahan pula sentiasa membanding kemewahan orang lain.
Terdapat juga masaalah lain yang boleh dikaitkan dengan punca perceraian generasi masa kini dimana suami terpengaruh dengan kebebasan bersama rakan rakan sehingga lupa anak isteri dirumah malah ada juga isteri yang terikut ikut rakan wanita yang mewah membawa semua barang barang berharga dan hiasan rumah serba mewah maka wujudnya komplik rumahtangga tidak keruan.
Apabila ini terjadi maka datanglah orang digelar 'batu Api' main peranan bercerita menjadi perantara suami isteri berkenaan sehingga pelbagai kata kata nista diluahkan membuatkan kedua pasangan khususnya kaum isteri muda terjebak sampai menuntut perpisahan dan disebabkan racun rumahtangga sudah menular maka kedua pasangan bertindak bercerai tanpa berfikir jangkamasa panjang.
Disuarakan oleh Gilbert Anak Ngeting aktivis masyarakat Simunjan Sarawak
Kes Covid 19 Hari ini
Oleh. Jasly Dollah
Kuala Lumpur. Tidak ada kes kematian pesakit Covid 19 dalam negara hari ini malah memperolehi kesembuhan pesakit tersebut seramai 53 orang dengan jumlah kesembuhan keseluruhan sehingga kehari ini berjumlah 5,912 orang.
Malaysia juga mencatat kes pesakit Covid 19 terbaharu berjumlah 48 orang menjadikan kes keseluruhan berjumlah 7,185 orang sehingga hari ini. Daripada 48 kes terbaharu dilaporkan KKM bahawa 4 kes merupakan import jangkitan dari luar negara manakala 44 kes lagi adalah penularan tempatan.
Terdapat 25 kes positif Covid 19 bukan warganegara Malaysia manakala 21 kes pesakut tersebut dikesan didepoh tahanan Imegresen Semenyeh.
Setakat ini kes kebolehjangkitan pesakit Covid 19 yang telah diasingkan untuk rawatan berjumlah 1,158 orang dimana 9 orang sedang dirawat dalam Unit Kawalan Rapi  dan 5 kes pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Berhati hati sepanjang sambutan hari raya aidilfitri ini dimana perlu mematuhi arahan kerajaan dalam penjarakan sosial kerap membersih tangan menggunakan topeng hidung dan mulut serta menjauhi orang yang berisiko jangkitan Covid 19.
Sidang Pengarang Media Terkini Online Edisi Sabah
Penulis Tamu. Koijul Hairul, Bujie Tuekarang
Jurugambar. Helary Sukiono, Gifkir Aming 
Wartawan. Huzera Ben, Norafzah Dollah, Norzaitie Kirwan, Williem Anak Lagau, Jasly Dollah, Gason Dumiri
Ketua Wartawan. Basron Kirwan
Penolong Pengarang. Jopis Anak Lagau
Pengarah Urusan Pengiklanan Dan Ketua Pengarang Kumpulan. Tuan Arman Karim @ Doriso
Ketua Pengarah Penyiaran Dan CEO Azom Productions House. Dato' Azhar Haji Omar
Diurusniagakan Oleh Azom Productions House Kuala Lumpur
Rel. 01138554026 Masa Pejabat Sahaja
Watshap. 0145748469 Dari 09.00 Pagi Hingga Jam 17.00 Petang

 Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahi Dan Batin. Kepada Seluruh Pembaca Dan Pengiklan Dalam Media
Terkini Online Edisi Sabah Didalam Mahupun Luar Malaysia, Semoga Pada Tahun 2020 Ini Sama Sama Kita Bermaaf Maafan Disamping Mengelak Daripada Berjiarah Demi Mengelak Pandemik Covid 19. Semoga Kita Dilindungi Oleh Allah SWT Setiap Masa. Daripada, Jabatan Penyiaran Media Terkini Online Edisi Sabah Dan Seluruh Kakitangan Azom Productions House Malaysia. Tel 0145748469  01138554026