Khamis, 20 November 2025

SETIAP PANTAI PERANGINAN PERLU PEMANTAUAN BERTERUSAN

Oleh. Norsham Haji Tukirin 

Langkawi. Trage

di Obor Obor 

Kotak yang menyengat kanak kanak pelancong asing perlu membuka mata semua pihak bukan sahaja notis amaran dipasang, malah para pengawal pantai juga harus dilatih bagi memantau kehadiran haiwan tersebut setiap pelancong melawat setempat.

       Ini disuarakan kumpulan pemancing veteran bagi mengulas kejadian dipantai Chenang dekat sini sehingga mengorbankan anak warga Pelancong Rusia, antara kepentingan yang disediakan bagi pusat pelancongan adalah baju keselamatan kanak kanak dari pelbagai jenis Obor Obor disamping pengawal pantai lebih aktif.

      Tidak siapa mengetahui bila OBOR OBOR KOTAK tiba disetiap pantai seluruh negara namun jika pemantauan dilakukan berterusan pasti ianya mampu mengingatkan golongan pelancong yang berada dikawasan terlibat, sebaliknya jika selepas sesuatu kejadian berlaku baru heboh mencari langkah keselamatan untuk dilaksanakan memandangkan haiwan tersebut sudah ada sejak sekian lama namun mengapa tidak disediakan langkah keselamatan awal dahulu ujar pemancing veteran tempatan.

       Pelancong dan pengendali pelancongan laut harus saling berbincang sebelum melawat kekawasan mereka dalam pelbagai aspek keselamatan agar tragedi seumpama tidak akan berulang, malah penambahan pengawal pantai yang menjadi tumpuan umum pelancong luar negara tidak perlu bertangguh demi nyawa keluarga pelancong sepanjang berada dinegara ini. 









Nota. Dilarang nembuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang (Jusupi Anak Kurdi) 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan