Selasa, 18 November 2025

SEBAIK PENAMAAN CALON BERLALU MASING MASING MASUK KAMPUNG

Oleh. Basron Kirwan dan Joupis Anak Lagau 

Sabah. Silih berganti muka muka calon yang memasuki setiap 

perkampungan dalam Dun yang ditandingi, namun selama bertahun tahun belum ada berita pilihan raya sebilangan muka yang masuk bertanding baru memasuki perkampungan orang kampung. 

           Ada juga calon calon yang bertanding dilaporkan kerap memberi alasan WANG PERUNTUKAN PARTI BELUM DISALURKAN jika ada rakyat memohon bantuan, ini jelas permainan politik lama mereka yang hanya menggunakan peruntukan parti demi kepentingan sendiri tanpa mengingati  rakyat sekeliling.

         Jika rakyat Sabah telah memahami trend politik calon calon tertentu pasti mereka memahami skop pilihan yang besar dan lebih meluas demi ekonomi dan pembangunan yang berdaya saing diperingkat Asean, sebaliknya jika rakyat Sabah taksub dengan kata kata orang parti politik yang sama sama dalam kelompok politik lama mahu kuasa mereka perolehi jangan kesali Sarawak menguasai kemajuan dan ekonomi borneo. 

         Antara suara pemikat orang politik kepada rakyat Sabah bagi mengundi mereka dalam pilihan raya 29 November 2025 adalah Sabah Kita Jaga, malah ada juga yang terus memainkan kebencian parti Malaya walaupun semua pemimpin yang menerajui parti Malaya di negeri ini adalah anak watan asli Sabah ungkap penduduk Sabahan. 

      Apapun suara politik yang dimainkan oleh calon calon yang bertanding dalam PRN ke 17 dalam 73 kawasan rakyat Sabah tidak mungkin gagal menepis segala yang terburuk untuk masa depan Sabah, rakyat masa kini (bukan menunggu jawatan) pasti akan memilih kerajaan yang menyalurkan bantuan terhadap seluruh rakyat Malaysia tanpa ada satu keciciran pun dengan hanya berpandukan kepada Kad Pengenalan.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang  (Jusupi Anak Kurdi)
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan