Sabah. Dalam tengah rancak parti politik berkempen diseluruh kerusi yang dipertandingkan, ramai mula bercakap ada calon belum diberi peruntukan untuk berkempen oleh parti mereka entah mengapa berita hangat tersebut dihebahkan.
Selain dari itu jenama parti yang bertanding juga bertambah banyak pada prn ke 17 di Sabah masing masing berkeyakinan boleh menang, namun kebanyakan yang meramal yakin dengan BN dan PH dalam kombinasi kerjasama mereka manakala GRS ada kawasan boleh menang.
Parti Warisan Sabah serta PKDM dilaporkan oleh penyokong tegar mereka boleh memperolehi kemenangan jika digandakan usaha berkempen, belum ada sebarang maklumat dari parti parti lain perkembangan kekuatan calon calon bertanding dan sejauh manakah penerimaan pengundi masing masing.
Prn ke 17 negeri Sabah menguji benarkah rakyat pengundi Sabah sudah terpengaruh dengan slogan Rumah Kita Kita Jaga dan Sabah Kita Jaga, bagi BN PH pula para pemimpin gabungan tersebut yang mempertahankan kerusi dun mereka yakin rakyat akan sama sama menjaga Sabah setiap masa.
Menurut pemerhati politik veteran negeri ini, rakyat hanya mahukan keseimbangan harga barangan makanan antara Sabah dan Semenanjung Malaysia, malah tambahan bantuan seperti SARA, STR dipertingkatkan disamping dibagi percuma bayaran hospital bagi warga emas yang tidak ada lagi tempat mencari kewangan lain ujar mereka yang ditemui.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang (Jusupi Anak Kurdi)
.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan