Khamis, 27 November 2025

NUSANTARA KAYA JENAMA DAN WARNA KOKO

Oleh. Rojaili Kirwan dan Helary Sukiono

Kaltim. Bukan mudah mengingati jenama dan warna nya jika tidak direkodkan dengan lebih terperinci berikutan ianya terlalu banyak.

       Di Indonesia mahupun Malaysia amnya kepelbagaian warna dan jenama pasti menarik pelabor asing untuk membuka ladang besar besaran sebagai sumber perniagaan jangkapanjang, namun berapa ramai menceburi bidang tersebut sepenuh masa demi berbudi pada tanah masing masing memandangkan ada tanah geran tidak punya jalan raya.

         Semua perlu dipandang sirius pertanian yang dibangunkan lebih awal agar tidak terkandas separuh jalan  bagi merugikan golongan pengusaha, namun sejauh manakah daya usaha golongan pemerintah bagi membantu pengusaha pertanian secara kecil kecilan ianya perlu ada hubungan baik kedua belah pihak. 

      Koko jika diusahakan secara bersama penuh pelan perancangan pasti boleh menguntungkan semua pihak, namun jika dilakukan secara sambil lewa tanpa pelan perancangan yang tepat ianya mampu merugikan setiap orang yang terlibat. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga di dalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang (Jusupi Anak Kurdi) 


 

Rabu, 26 November 2025

SEJARAH PETUGAS KEMPEN

Oleh. Norsham Haji Tukirin 

Sabah. Jika berkempen lima tahun yang lalu berjalan kaki naik

bukit berkempen rumah orang kampung meraih undi, masa kini serupa juga ditempuhi penggerak kempen yang sampai keluar bandar masih tidak ada jalan raya. 

     Hanya calon parti yang tidak lengkap jentera Gerak Kempen mereka tidak merasai Berjalan Kaki musim hujan gerimis meraih undi orang kampung diluar bandar, ini lah sejarah jentera gerak kempen pilihan raya Sabah yang tidak diberi perhatian penduduk termasuk petugas kempen jelas orang veteran yang ditemui.

        Semua petugas kempen saling berjumpa dikemuncak bukit tanpa jalan raya mengapa orang kampung tidak bercakap hendak kempen apa lima tahun lalu serupa saja, warga veteran juga diluar bandar hairan tidak ada kemudahan yang diperolehi orang kampung masih lagi mahu minta diundi satu penggal lagi merayu rayu pada orang kampung.

         Veteran orang lama dalam parti politik yang kini duduk kampung meminta parti parti kecil Sabahan masuk kampung dulu di 73 kerusi Dun Sabah baru bercakap membela rakyat, nak bela apa pada rakyat yang masa kini ramai lagi  berjalan kaki tanpa jalan raya walau masa kini sudah era tahun 2025 namun kekal diera 2022 tegas mereka. 

        Menurut veteran politik yang kini santai dikampung masing masing, setiap lima tahun laungan kata mahu membangun kehidupan orang kampung dengan ekonomi mencapai sasaran target, namun prn ke 18 bagi Sabah yang berjalan kaki kempen bulan ini tetap mereka harungi perkara yang sama memandangkan calon calon bertanding lebih 10 calon tak nampak pejalan kaki.

       Orang Sabah fikir lah sampai bila dipengaruhi kata kata politik yang tidak berpenghujung hendak jaga Sabah bersama namun 80 meter jalan raya dikemuncak bukit tak mampu buat, ini diakui orang veteran yang tinggal dikampung masa kini sangat mengeciwakan mereka walau usia sudah ada yang hampir 70 tahun namun cerita sama tidak berubah jelas mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang (Jusupi Anak Kurdi)

 

ISRAEL BIJAK MERANCANG DENGAN TINDAKAN HALUS

Oleh. Huzera Ben dan Helary Sukiono 

Gaza. Tidak ramai yang sedar kanak kanak yang bermain bebola umpama Bom Tangan Mainan akhirnya mencederakan mereka sebaik ditarik bahan peledak. 

      Ini didedahkan oleh unit pengesan bahan letupan Gaza bila mana banyak kanak kanak cedera parah masih lagi memegang kulit bahan letupan berkenaan menanggong kesakitan, namun warga Palestine yakin tipu muslihat seumpama adalah perancangan Israel bagi mengelak terlalu berat tohmahan para pemimpin negara  yang menjadi ahli PBB jelas mereka.

       Bola kerdil mirip bom tangan yang paling kecil direncanakan pemasangan awal bahan letupan pasti ibu bapa tidak sedar kejadian sebelum anak mereka menjadi mangsa, tidak hairan sehingga masa kini Unit Pemusnah Bom mengganda usaha memburu pengedarnya disamping keluarga kanak kanak yang telah memperolehi dari agent Israel sebagai pemusnah cara halus.

      Menurut warga Gaza jika pihak berkuasa Palestine lambat mengesan bahan letupan menyerupai mainan pasti banyak lagi yang menjadi korban rezim zionis Israel setiap masa, semua kilang pembekal dan pembeli secara banyak wajar diburu tanpa penghujung walau dimana pun lokasi mereka demi nyawa anak anak di Gaza yang langsung tidak faham bahan letupan. 

     Rejim zionis Israel dilaporkan terlalu pantas melakukan perancangan sebelum perancangan awal mereka mampu dipintas  dan disekat Bangsa Bangsa Bersatu, tidak hairan lah dunia bangsa yang  menyokong Kemerdekaan Negara Palestin berbanding Israel akibat dari kekejamn mereka melibatkan kanak kanak dan wanita ujar warga Palestine.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang (Jusupi Anak Kurdi)
 

Selasa, 25 November 2025

LIKU LIKU PERJALANAN MEDIA TERKINI SEJAUH INI

Tidak terfikir pun ma
hu menceburi bidang penulisan dalam era 1998 apa tak lagi Sarawak dan Semenanjung Malaysia susah kami fikirkan.

     Sebaik sahaja terima tawaran rasmi kami memulakan tugas sebagai Wartawan mujurlah ia hanya sebulan 2 kali sebelum melangkah 3 kali sebulan, bukan muda kami memikul bebanan mencari bahan sensasi namun tekad dan usaha mampu mengekalkan kami di Akbar ini sehingga hari ini. 

       Sebaik sahaja pada tahun 2016 kami semua dimaklumkan Media Terkini berubah siaran harian dan berpusat di Borneo kami sudah menduga ianya di Sarawak atau Sabah, namun atas kemahiran seseorang akhirnya kami sepakat bernaung di Sabah sebagai Borneo dan beberapa juga cawangan dinegeri negeri Semenanjung Malaysia. 

       Hari ini tahun 2025 berkekal lah kami MEDIA TERKINI bersiaran harian dengan mendapat bantuan PRESS luar negara tiap tiap hari, malah kami juga mendapat kerjasama beberapa PRESS di Indonesia bagi memudakan pengisian berita yang disiar sebagai tatapan umum. 

      Masa kini pengarang Media Terkini dipangku oleh Jusupi Anak Kurdi sepanjang penyandang nya bercuti melakukan rawatan kesihatan moden dan kaedah perubatan Islam yang dibenarkan, bagi kami pula yang berkerja lebih memajukan Syarikat penyiaran ini terus mencari IKLAN PERNIAGAAN sebagai tambahan berita berita yang dipaparkan setiap hari tanpa mengira dalam dan luar negara.

       Untuk rekod kami orang Sarawak dalam Media Terkini 3 orang, Semananjung Malaysia 3 orang dan Sabah 3 orang, penulis dari Indonesia 2 orang manakala negara Eropah 2 orang bagi memperkasa penyiaran akbar ini setiap hari. Susunan Williem Anak Lagau






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang (Jusupi Anak Kurdi) 
 

ANTARA BENUA TAK SEIRING MINDA

Oleh. Huzera Ben dan Helary Sukiono  

Gaza. Anak anak kecil dekat sini tidak merasa 

takut walaupun sisa sisa peluru berpandu didepan mata setiap hari, itu lah rutin warga Gaza sentiasa berganding bahu dengan PRESS dunia agar didengari masaalah mereka setiap masa. 

       Namun terdapat sebilangan negara negara membangun dilaporkan kurang menggunakan PRESS entah apa sebabnya walau mereka (PRESS) sanggup terbunuh dibumi Gaza, sebaliknya dalam kalangan negara membangun ketiadaan air, jalan raya hampir putus serta langsung tidak ada pembangunan sekalipun PRESS tidak dipandang sebilangan warga serantau.

       Negara menjadi tumpuan PRESS berpanjangan bersama sama badan NGO berdaftar diseluruh dunia adalah Gaza dan negara membangun juga mungkin menonton paparan siaran tersebut, lahir sahaja anak anak Gaza dentuman peluru Israel yang mereka dengar tidak kira siang mahupun malam malah ada juga yang tidak sempat mengecapi dunia akibat sasaran peluru berpandu Israel. 

       Perjalanan PRESS dinegara bergolak seperti Gaza, Yaman dan negara negara musuh Israel tidak pasti keselamatan mereka sebelum kembali kepejabat PRESS yang mereka wakili, namun inilah perbezaan besar antara negara maju menyanjungi walau PRESS dari negata mana sekalipun berbanding sebilangan negara membangun tidak kenal PRESS. 

       PRESS di Gaza hanya disahkan selamat sebaik mereka keluar ke Mesir, Arab, Turki mahupun negara negara yang bukan sasaran Rejim Israel, semua ini menjadi tontonan dunia setiap hari melainkan kawasan negeri yang tidak ada kemudahan Radio dan TV serta talian handpone.

        Ayoh bangkit bersama sanjungi petugas PRESS  yang sanggup berkorban nyawa mereka demi merakam berita shahih dibumi Gaza, dimana negara sama ada telah maju mahupun membangun sanjungi lah PRESS dan penyiaran yang mereka wakili memandangkan ianya seiring bersama. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang (Jusupi Anak Kurdi) 

 

BN SABAH SEPANJANG TERAJU KERAJAAN NEGERI

Oleh. Joupis Anak Lagau

Kota Kinabalu. Semua kerja sepanjang BN menjadi kerajaan negeri yang lepas ada didalam jiwa rakyat yang kerap dilawati wakil rakyat mereka masing masing.

       Sebilangan rakyat 
Sabah mengakui apabila sampai sahaja pilihan raya negeri ke 17, majoriti calon calon parti yang layak bertanding akan menggaggalkan YB terdahulu dengan mengetengahkan mereka lah pula yang terbaik.

        Antara yang kerap menjadi sasaran parti lawan adalah mantan Adun Kerambunai Datuk Haji Yakub Khan namun warga kampung dalam Dun tersebut yang ditemui YB mereka aktif melawat rakyat luar bandar, ini lah lumrah calon bertanding pada pilihan raya yang rakyat perlu ketahui jangan lihat rombongan ramai sorakan padu bergema namun setahun lebih sebelum prn ke 17 mereka tidak kelihatan ungkap warga kampung. 

        Ada juga orang kampung jauh terpencil bertanya mengapa orang yang turun bertanding sebagai calon hari ini menyepi selama lima tahun yang lepas, adakah mereka mengenali rakyat jelata disetiap 73 kerusi Dun Sabah atau nampak "Aku Pasti Menang" namun rakyat pengundi tidak langsung dilawati sepanjang lima tahun lepas. 

        Menurut pengundi Dun Kerambunai, jika semua agenda perjuangan BN disalurkan kepada segenap orang kampung yang belum menggunakan IT secara berterusan, pasti BN mampu mengekalkan kerusi tersebut namun perlu kerja keras bagi meyakinkan rakyat pengundi dikampung kampung luar bandar demi jentera sampai hari mengundi.

       Hanya jentera BN sahaja yang mampu menyusun program mereka bersama orang orang kampung luar bandar kearah menambah sokongan rakyat, apapun rakyat warga kota sukar diramal terlalu menggunakan IT sampai dilapor terlepas destinasi yang dituju apa daya terpaksa berpusing semula ujar beberapa warga yang ditemui. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang (Jusupi Anak Kurdi)
 

Ahad, 23 November 2025

PILIHAN RAYA SABAH PANAS

Oleh. Joupis Anak Lagau 

Sabah. Dalam tengah rancak parti politik berkempen diseluruh kerusi yang dipertandingkan, ramai mula bercakap ada calon belum diberi peruntukan untuk berkempen oleh parti mereka entah mengapa berita hangat tersebut dihebahkan. 

       Selain dari itu jenama parti yang bertanding juga bertambah banyak pada prn ke 17 di Sabah masing masing berkeyakinan boleh menang, namun kebanyakan yang meramal yakin dengan BN dan PH dalam kombinasi kerjasama mereka manakala GRS ada kawasan boleh menang.

      Parti Warisan Sabah serta PKDM dilaporkan oleh penyokong tegar mereka boleh memperolehi kemenangan jika digandakan usaha berkempen, belum ada sebarang maklumat dari parti parti lain perkembangan kekuatan calon calon bertanding dan sejauh manakah penerimaan pengundi masing masing. 

       Prn ke 17 negeri Sabah menguji benarkah rakyat pengundi Sabah sudah terpengaruh dengan slogan Rumah Kita Kita Jaga dan Sabah Kita Jaga, bagi BN PH  pula para pemimpin gabungan tersebut yang mempertahankan kerusi dun mereka yakin rakyat akan sama sama menjaga Sabah setiap masa. 

       Menurut pemerhati politik veteran negeri ini, rakyat hanya mahukan keseimbangan harga barangan makanan antara Sabah dan Semenanjung Malaysia, malah tambahan bantuan seperti SARA, STR dipertingkatkan disamping dibagi percuma bayaran hospital bagi warga emas yang tidak ada lagi tempat mencari kewangan lain ujar mereka yang ditemui.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang (Jusupi Anak Kurdi)


       
 

Jumaat, 21 November 2025

KENALI BAHASA ASLI SABAH

Bil. 523 

1. Eko Ba

na Pedagang Saging Betiru (Samah) Ertinya Banyak Betul Jual Pisang Masa Kini    2. Omun Jomoh Tooh Payah Noh  Luman Betis (Samah) Ertinya Sebilangan Orang Tua Yang Kurang Sihat Sukar Berjalan Kaki Dalam Gerak Seharian    3. Peranak Jomoh Tei Betiru Pan Eko Muat Pedagang Dikit Dikit (Samah) Ertinya Anak Anak Muda Kita Masa Kini Banyak Perniagaan Kecil Kecilan    4.    Pedagang Daieng Basah Pan Lumayan Betiru Peranak Murah Eko Mula Niaga Gaah (Samah) Ertinya Penjual Ikan Basah Pun Menguntungkan Yang Diusahakan Anak Anak Muda Tempatan   5. Okudi Komulakaan Tulun Tokou Monokisolod Nunu Nopo Pongindopuan (Dusun Liwan) Ertinya Sedikitnya Generasi Muda Orang Kita Merebut Peluang Dalam Apa Juga Perniagaan    6.  Ouzan Zou Minoi Pomohi Sada Mantad Bawang Dohia Badi Di Kosuab Bainoh ( Kadazan)  Ertinya Penat Saya Pergi Membeli Ikan Basah Sungai Air Tawar Di Tamu Tadi Pagi    7. Orikot Poda Magadau Om Momusorou Nogi Moi Pogundaloh (Dusun Liwan) Ertinya Bila Tiba Kemarau Baru Merancang Bergerak Mencari Ikan Di Sungai Bebas   8. Asapou Nomoti Darun Bainoh Tu Kangapalus Nopo Eh Kasou Om Mundok Hilod Sokid (Dusun Liwan) Ertinya Punya Kuat Hujan Hari Ini Sampai Hanyut Tanaman Ubi Manis Dan Ubi Kayu Di Kebun Atas   9.   Okudi Noddi Mananom Parai Tidong Diti Sukod Wagu Tu Asawat Ngawie Sinikulan (Dusun Liwan) Ertinya Generasi Muda Kurang Sudah Menanam Padi Bukit Sebab Sekolah Terlalu Tinggi     10. Dou Dou Sanang Meli Tigor Nang Badi Murah Lagi (Samah) Ertinya Dulu Senang Sahaja Membeli Kirai Daun Di Tamu Mingguan Harga Murah Lagi 



Disusun oleh Lenny Noor Abdullah @ George. Dilarang Mencetak Memuat Turun Dalam Akbar Ini Tanpa Kelulusan Pengurus Penyiaran Dan Pengiklanan Akbar Ini Terlebih Dahulu.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang (Jusupi Anak Kurdi)
 

Khamis, 20 November 2025

SETIAP PANTAI PERANGINAN PERLU PEMANTAUAN BERTERUSAN

Oleh. Norsham Haji Tukirin 

Langkawi. Trage

di Obor Obor 

Kotak yang menyengat kanak kanak pelancong asing perlu membuka mata semua pihak bukan sahaja notis amaran dipasang, malah para pengawal pantai juga harus dilatih bagi memantau kehadiran haiwan tersebut setiap pelancong melawat setempat.

       Ini disuarakan kumpulan pemancing veteran bagi mengulas kejadian dipantai Chenang dekat sini sehingga mengorbankan anak warga Pelancong Rusia, antara kepentingan yang disediakan bagi pusat pelancongan adalah baju keselamatan kanak kanak dari pelbagai jenis Obor Obor disamping pengawal pantai lebih aktif.

      Tidak siapa mengetahui bila OBOR OBOR KOTAK tiba disetiap pantai seluruh negara namun jika pemantauan dilakukan berterusan pasti ianya mampu mengingatkan golongan pelancong yang berada dikawasan terlibat, sebaliknya jika selepas sesuatu kejadian berlaku baru heboh mencari langkah keselamatan untuk dilaksanakan memandangkan haiwan tersebut sudah ada sejak sekian lama namun mengapa tidak disediakan langkah keselamatan awal dahulu ujar pemancing veteran tempatan.

       Pelancong dan pengendali pelancongan laut harus saling berbincang sebelum melawat kekawasan mereka dalam pelbagai aspek keselamatan agar tragedi seumpama tidak akan berulang, malah penambahan pengawal pantai yang menjadi tumpuan umum pelancong luar negara tidak perlu bertangguh demi nyawa keluarga pelancong sepanjang berada dinegara ini. 









Nota. Dilarang nembuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang (Jusupi Anak Kurdi) 
 

RAKYAT HARUS BIJAK PILIH CALON

Oleh. Basron Kirwan dan Gifkir Aming 

Sabah. Dalam penentuan memilih calon yang layak menja

di wakil rakyat untuk semua pilih lah yang tidak angkuh dan sombong walau apapun status rakyat disekeliling mereka. 

      Sabah telah mempertandingkan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri dengan bukan sahaja disertai setiap parti namun penyertaan calon Bebas juga membuktikan mereka juga mungkin mahu menang, namun yang sedihnya jika orang yang terjun menjadi calon sangat terbuka berbual bicara berkaitan menjadi calon namun lepas lulus menjadi calon telipon tidak dilayan. 

         Adakah para pengundi Sabah mahu terus dikawal oleh calon yang tidak kenal pengundi selepas penamaan calon bimbang mungkin rakyat berkongsi peruntukan pilihan raya diterima, ini diluahkan kumpulan pengundi 73 Dun yang sempat menghubungi kumpulan calon bagi membantu meraih sokongan rakyat sehingga 29 Nov 2025. 

         Berapa ramai pengundi Sabah sanggup  diperalat calon yang sekadar mahu menduduki Wakil Rakyat dalam senarai 73 kerusi yang mereka pilih?, adakah sanggup ketinggalan arus pembangunan dan ekonomi seperti Sarawak kecapi masa kini tanpa bertelagah dengan parti politik namun terus maju.

        Apapun seluruh pengundi Sabah berfikir lah sebelum 29 Nov 2025 agar tidak terpedaya politik sempit sedangkan berbillion peruntukan persekutuan bagi, namun Sarawak nampak maju lebih walaupun kurang sedikit peruntukan dibagi setiap tahun berbanding Sabah namun mereka pemimpin Sarawak tak mahu dimarahi rakyat sendiri.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang (Jusupi Anak Kurdi)
 

Selasa, 18 November 2025

MINUMAN KESIHATAN UNTUK KELUARGA

Ramai warga yang tertanya tanya khususnya golongan yang belum menjumpainya. 

      Hendak mencuba tidak membebankan golongan yang menyayangi setiap keluarga mereka walau dibandar mahupun luar bandar. 

      Ini lah produk Minuman COSLO yang mula dipasar
kan sejak tahun 2005 dahulu dan bertahan sehingga masa kini.

     Setiap tempahan boleh berhubung dengan Lenny Noor Abdullah @ George dan Norsham Haji Tukirin ditalian 01138554026 atau 0194827829 masa pejabat sahaja.
Tempahan diluar waktu pejabat tidak akan dilayan.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang (Jusupi Anak Kurdi) 
 

SEBAIK PENAMAAN CALON BERLALU MASING MASING MASUK KAMPUNG

Oleh. Basron Kirwan dan Joupis Anak Lagau 

Sabah. Silih berganti muka muka calon yang memasuki setiap 

perkampungan dalam Dun yang ditandingi, namun selama bertahun tahun belum ada berita pilihan raya sebilangan muka yang masuk bertanding baru memasuki perkampungan orang kampung. 

           Ada juga calon calon yang bertanding dilaporkan kerap memberi alasan WANG PERUNTUKAN PARTI BELUM DISALURKAN jika ada rakyat memohon bantuan, ini jelas permainan politik lama mereka yang hanya menggunakan peruntukan parti demi kepentingan sendiri tanpa mengingati  rakyat sekeliling.

         Jika rakyat Sabah telah memahami trend politik calon calon tertentu pasti mereka memahami skop pilihan yang besar dan lebih meluas demi ekonomi dan pembangunan yang berdaya saing diperingkat Asean, sebaliknya jika rakyat Sabah taksub dengan kata kata orang parti politik yang sama sama dalam kelompok politik lama mahu kuasa mereka perolehi jangan kesali Sarawak menguasai kemajuan dan ekonomi borneo. 

         Antara suara pemikat orang politik kepada rakyat Sabah bagi mengundi mereka dalam pilihan raya 29 November 2025 adalah Sabah Kita Jaga, malah ada juga yang terus memainkan kebencian parti Malaya walaupun semua pemimpin yang menerajui parti Malaya di negeri ini adalah anak watan asli Sabah ungkap penduduk Sabahan. 

      Apapun suara politik yang dimainkan oleh calon calon yang bertanding dalam PRN ke 17 dalam 73 kawasan rakyat Sabah tidak mungkin gagal menepis segala yang terburuk untuk masa depan Sabah, rakyat masa kini (bukan menunggu jawatan) pasti akan memilih kerajaan yang menyalurkan bantuan terhadap seluruh rakyat Malaysia tanpa ada satu keciciran pun dengan hanya berpandukan kepada Kad Pengenalan.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang  (Jusupi Anak Kurdi)
 

Sabtu, 15 November 2025

HEBATNYA PRN SABAH

Sabah. Sebilangan penduduk veteran dalam negeri  memuji semua calon yang bertanding dikawasan setiap
kerusi yang dipertandingkan.
        
     Bayangkan 73 kerusi Dun Sabah dipertandingkan tidak ada yang bertanding kurang dari empat penjuru, sebaliknya orang kampung luar bandar mengakui langsung tidak kenal dengan sebilangan besar calon yang bertanding berikutan tidak pernah bertemu rakyat.

      Warga veteran penduduk luar bandar juga yakin hanya golongan yang memburu jawatan sahaja yang kerap melihat mengiringi calon mereka walaupun tak sampai keluar bandar, kumpulan terlibat jika calon menang hanya jawatan yang ditagih tanpa kenal dengan pengundi kawasan Dun yang mereka tandingi manakala rakyat luar bandar langsung menanti lima tahun lagi.

       Selain dari itu ada juga pengiring calon yang memilih sumber ekonomi yang besar agar perbelanjaan harian mereka melimpah ruah sampai tarikh pilihan raya akhir 29 November 2025, hanya rakyat Sabah yang bijak sahaja mampu mempertahankan perjuangan kerajaan benar benar menggandakan pembangunan dan ekonomi Sabah sepanjang lima tahun akan datang. 

       Jangan pergadai politik semata mata memburu jawatan masing masing tanpa matlamat membangun kawasan Dun yang mereka wakili selama lima tahun, ini lah delama politik Sabah disebilangan kerusi Dun yang terus ketinggalan arus pembangunan dan ekonomi sejak sekian lama tanpa niat membantu rakyat ujar orang veteran luar bandar. 











Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Jusupi Anak Kurdi Penolong Pengarang 
 

Ahad, 9 November 2025

NEGARA BERSENJATA TERUS PERANG

Oleh. Huzera Ben dan Helary Sukiono 

Kourtom. Akibat terlalu banyak kumpulan bersenjata parti politik hanya memerhati pertumpahan di Sudan. 
      Pertempuran tersebut dilaporkan berebut kawasan jajahan kekuasaan pentabdiran mereka antara pemerintah dan kumpulan bersenjata RSF, namun disebalik peperangan tersebut ramai rakyat menjadi  korban akibat peluru sesat yang tidak diduga rakyat jelata lokasi  pertempuran mereka.
    Menurut pemerhati negara Sudan, tanpa pengaman negara ketiga membantu mendamaikan  peperangan tersebut, ianya sukar dihentikan secara kekal berikutan masing masing ada rasa ingin berkuasa mentabdir setiap daerah yang berpotensi maju.
     Apapun negara negara maju berharap semua angkatan bersenjata di Sudan kena berdamai dan berbincang agihan pentabdiran bersama, nyawa rakyat jelata mereka lebih berharga berbanding kekuasaan jajahan jika suatu masa rakyat mereka terbunuh seperti di Gaza ujar mereka.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor Jusupi Anak Kurdi
 

BN DAN PH PERLU BERSAMA PENERANGAN BUAT RAKYAT

Oleh. Basron Kirwan dan Lenny Noor Abdullah @ George 

Sabah. Jika rakyat pengundi diberi 

penerangan jelas berhubung isu MA 63 bersama 40 peratus itu manaafaat untuk siapa pasti majoriti pengundi Sabah boleh sedar dihari pengundian prn Sabah kelak.

       Ini penjelasan orang orang veteran Sabah yang tidak lagi bersama parti politik bercampur campur bagi negeri Sabah masa kini namun terlalu banyak cakap tanpa lawat rakyat susah diluar bandar.

     Ramai sangat orang politik masa kini bercakap namun orang kampung jarang sekali jumpa mereka membangun luar bandar, Sarawak berkawan Malaya semua memperolehi usaha mereka berbincang bagi kemajuan rakyat Sarawak seperti Kapal Terbang, Menara TVS dan Minyak Petros ujar veteran orang Sabah.

      Ramai juga pengundi Sabah mendedahkan gabungan BN PH sangat sesuai menjaga Sabah berikutan tidak susah rakyat miskin memohon bantuan, setiap ada kad pengenalan asli Malaysia layak mendapat bantuan tanpa menyusahkan orang miskin mengurus bantuan ujar mereka.

      Langkah BN dan PH pimpinan orang orang asli Sabah harus menggandakan daya usaha memberi penerangan jelas kepada rakyat luar bandar serta dalam bandar, supaya semua penduduk Sabah faham peranan pimpinan BN dan PH bagi Sabah demi masa depan agihan bantuan serta kemajuan pembangunan dan ekonomi negeri Sabah dalam jangkamasa panjang.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor Jusupi Anak Kurdi
 

Sabtu, 8 November 2025

ADAKAH ISRAEL BOLEH BERDAMAI?

Oleh. Huzera Ben dan Helary Sukiono

Tebing Barat. Press keciwa berikutan kekejaman Israel menghalang  sebilangan dari mereka memasuki kawaan yang dimusnahkan di Gaza.

     Semua pintu sempadan ke Gaza dikawal ketat bukan sahaja kepada bantuan kemanusiaan, malah press juga ditapis sepenuhnya dengan kumpulan pro Israel sahaja yang dibebaskan membuat liputan ujar press yang ditemui.

      Para pemimpin dunia harus sedar masaalah seumpama agar PRESS bebas walau dimana sekalipun negara bergolak demi kerjaya mereka, jika pemimpin dunia sekalipun tunduk terhadap tekanan Israel ini alamat PRESS akan di pandang dari suara tertentu seluruh warga Press hari ini.

     Tindak tanduk Israel perlu diperhati warga penduduk negara maju mahupun negara membangun agar tidak berlaku pilih kasih terhadap kumpulan Press dan bantuan luar negara amnya, perilaku zionis Israel harus dijadikan panduan kepada setiap negara agar tidak ada yang merasa terpinggir dalam menjalankan tugas penting mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor Jusupi Anak Kurdi
 

RAMAI ORANG POLITIK TIDAK KENAL RAKYAT?

Oleh. Basron Kirwan 

Sabah. Ramai sangat orang parti politik dalam setiap dun 

 Sabah  dilapor tidak kenal rakyat jika terlantar sakit  kata orang veteran keselamatan Sabah. 

      Inikah perjuangan orang politik yang mahu undi rakyat sihat sahaja sedangkan rakyat sakit dilupakan, jika ìni ĺah orang politik Sabah perjuangkan boleh lah orang sihat Sabah bernafas lega selagi mereka sihat.

     Bagi pengundi Sabah yang memiliki keluarga sakit fikirkan lah nak undi orang politik lupa rakyat atau pilih yang suka melawat orang sakit, hanya tangan pengundi yang berhak memangkah orang politik mana yang terbaik dipilih ujar veteran keselamatan hari ini.

    Penamaan calon sudah tidak lama namun orang parti politik terus membisu jika ada orang memaklumkan orang terlantar sakit disetiap dun masing masing, namun jika ada majlis keramaian orang khawin dan sihat pasti berkonvoi datang bagi memeriahkan majlis makan berbual suka ria berbanding orang sakit diatas katil.






Notis. Dilarang memuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor Jusupi Anak Kurdi

Jumaat, 7 November 2025

AKBAR MEDIA TERKINI MALAYSIA DALAM FASA PEMBAHARUAN NOVEMBRER INI

Kami sedang menaik 
mutu penyiaran dalam dan luar negara
serentak.

   Kami mohon maaf kepada seluruh kami diatas gangguan siaran tidak menentu dalam dan luar negara setiap hari.

     Kami akan memaklumkan semula sebaik sahaja semua penyelanggaran siap sepenuhnya kelak.

Jusupi Anak Kurdi

Pengarang Kumpulan




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

 

Ahad, 2 November 2025

PENJAGAAN KESIHATAN UNTUK SEMUA KELUARGA

Dimana pun keluarga berada kesihatan amat diperlukan termasuklah penggunaan minuman herba terpilih warisan turun temurun. 

    Sebaik ramuan dirumus penuh teliti maka lahir lah Produk Coslo yang menjadi kegunaan ramai sejak tahun 

 2005 lagi, dan bert     

ahan sampai masa kini terus dilanggani golongan yang mengamalkan nya demi santapan keluarga bahagia. 

    Dimana hendak mencari COSLO tentu nya satu persoalan yang kerap diungkapkan semua pelanggan setiap hari, sila hubungi Media Press Malaysia bagi mendapatkan nya menerusi Cik Lenny Noor Abdullah @ George, Jusupi Anak Kurdi, Basron Kirwan dan Williem Anak Lagau ditalian 01138554026 dan 0194827829 Waktu Pejabat Sahaja.  






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

PEMIMPIN HIZBOLLAH PERTAHAN LUBNAN

Oleh. Huzera Ben dan Helary Sukiono 

Beirut.  Serangan 

zionis Israel terha

dap sempadan pinggir Lubnan tidak akan dibiarkan berulang jika itu kedegilan Israel menyerang rakyat yang tidak bersalah  dibumi Lubnan. 

     Antara peringatan keras Syekh Naim Qassem pemimpin Hizbollah terhadap rejim zionis Israel yang terus ditonton seluruh dunia sampai masa kini, Israel pula terus membunuh penduduk Palestin  di Gaza manakala kini dialihkan pula kepada rakyat Lubnan yang tidak bersalah namun tidak ada yang menghalang mereka. 

      Pemimpin Hizbollah juga telah nekad bagi mempertahankan Lubnan dari ancaman Israel dimasa akan datang jika tidak ada kesedaran rejim Israel, bayangkan serangan Israel di Lubnan bukan sahaja mencederakan malah membunuh orang awam sehingga meruntuhkan bangunan awam disempadan Lubnan. 

      Apakah akan jadi jika tidak ada pemimpin negara negara maju seluruh dunia mampu menghalang kejahatan rejim zionis Israel dalam jangkamasa panjang, pasti nya para pejuang kepimpinan seperti Hizbollah, Houthi, AlQassam serta Hamas boleh bersatu memimpin perjuangan mereka sebagai penentangan Israel yang tidak mematuhi Gencatan Senjata dan pelan damai yang dimeterai.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Sabtu, 1 November 2025

PARTI POLITIK BERCELARU AGIHAN KERUSI?

Oleh. Gifkir Aming dan Basron Kirwan

Sabah. Semakin hampir penamaan calon

prn Sabah bagai sukar memutuskan agihan kerusi yang ditandingi rakan gabungan diperingkat parti Sabahan. 

      Ianya melibatkan parti  GRS dengan Pakatan Harapan yang umpama masing masing mahu bertanding dikawasan bertindih, ini bakal memberi ruang dikalangan parti lawan memasang jentera mereka bagi menawan undi rakyat berpihak pada mereka kelak.

      Antara parti yang panas dan bersendirian tanpa rakan kompenan di Sabah ialah, WARISAN dan PKDM serta satu kumpulan menggelarkan diri mereka BEBAS HITAM dilaporkan bertanding solo pada prn ke 17. Ramai parti parti kecil yang turut mengatur langkah mahu bertanding dalam prn negeri Sabah kali ini namun ianya tidak sehebat dikalangan parti parti yang memahami perjuangan bersama rakyat selama ini ungkap warga pengundi.

      Menurut sumber dari UMNO BN mereka akan tetap teguh walaupun kurang sedikit kerusi yang ditandingi namun berdasarkan rakan dalam PH mereka akur, walaupun demikian ia dilaporkan tidak bermakna akan menurun kegaris yang tidak sesuai dalam pengagihan kerusi kelak demi menjaga rakan dalam BN Sabah seperti PBRS dan MCA jelas sumber yang diperolehi. 

     Jika GRS mahu menguasai kerusi dominan KDM tanpa memberi ruang terhadap UPKO dalam gabungan PH besar kemungkinan berlaku pertembungan antara PH dan GRS dalam kerusi terlibat, persaingan seumpama sudah lumrah politik Sabah sejak sekian lama jika tak dapat menguasai nya pasti masing masing akan meletak calon ditempat yang sama ujar mereka.

     Apapun masih banyak masa untuk memperkemaskan parti politik masing masing agar tidak mudah dipecahbelahkan parti lawan yang mahu menang, sebaliknya memahami rakan dan terus turun padang menemui segenap lapisan rakyat khususnya luar bandar yang menanti pemimpin berjiwa rakyat dan bukan memburu YB saja.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang


MEMILIH PEMIMPIN PERLU DIPERHALUSI

Oleh. Jusupi Anak Kurdi dan Gifkir Aming 

Sabah. Pecahan pengundi rakyat disetiap dun yang dipertandingkan hanya merugikan 

jika tidak diperhalusi oleh setiap pengundi sebelum kertas undi dipangkah.

       Sebagai contoh jika setiap dun berlaku sampai sembilan calon pastinya rakyat setempat akan rugi sendiri jika semua calon terlibat diundi semua, sebaliknya kebijaksanaan rakyat pengundi perlu ada demi memilih calon yang baik berbudipekerti dan bukan nya mendabik dada berhadapan rakyat. 

      Antara suara pengundi Sabah yang dijejaki kru Media Terkini Malaysia penghujung Oktober 2025 melihat kemunculan keghairahan parti parti menurunkan calon mereka pada prn ke 17 kali ini, seramai 73 kerusi dun Sabah dipertandingkan dan bayangkan jika ada 9 hingga 13 calon yang bertanding disetiap 1 dun bayangkan 73 kerusi dun dipertandingkan bagaimana hendak memilih ujar rakyat berdaftar pengundi. 

      Ramai pengundi orang lama dalam negeri Sabah mengingatkan golongan pengundi baharu supaya bijak meneliti calon yang turun bertanding demi masa depan kawasan mereka, calon calon yang memilih warga didekati, enggan bersikap terbuka dengan masyarakat sekeliling serta hanya kenal rakyat menjelang pilihan raya tidak wajar diberi peluang memimpin kawasan masing masing jelas mereka. 

      Semua pemilihan bakal wakil rakyat terletak diminda pengundi sebelum memangkah kertas undi, oleh itu semuanya bergantung para pengundi supaya tidak termakan dengan kata kata manis demi mengejar kemenangan menjadi wakil rakyat ujar pengundi yang ditemui.

      Untuk rekod sepanjang tahun 2025 jelajah Media Terkini Malaysia di Sabah pelbagai ragam orang yang menawarkan diri menjadi calon prn ke 17, ada memilih orang untuk didekati, ada juga langsung tidak kenal dengan rakyat walaupun berdepan dengan mereka serta jauh lah menghulur bantuan pada orang kampung.

     Ramai warga calon yang mahu bertanding pada prn ke 17 ini lebih kepada mengejar menjadi wakil rakyat semata mata, peranan membela orang susah, merangka kehidupan orang kampung tidak pernah dirangka sebagai pedoman pengundi memilih calon yang berwibawa. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

 

BERITA RINGKAS HAMAS ISRAEL

Oleh. Helary Sukiono dan Huzera Ben

Gaza Selatan. Tindakan zionis Israel mendesak 

para pejuang Hamas dan sekutunya dilaporkan satu perangkap agar memudahkan mereka memusn
ahkan Para Pejuang sebaik gencatan senjata yang dicanang Israel berlawan tanpa senjata diseluruh Gaza.

         Bayangkan setiap terowong Hamas dan AlQassam diselonggar oleh Israel dan memusnahkan nya tanpa ada yang tertinggal, mujurlah para pejuang Hamas dan AlQassam tidak muda diperkotak katikkan oleh zionis Israel bagi memusnahkan seluruh persenjataan mereka bagi mempertahankan diri. 

       Rejim zionis Israel dilaporkan tidak pernah mematuhi pelan gencatan senjata walaupun dimeterai bersama dan disaksikan beberapa pemimpin negara Qatar dan Amerika Syarikat, malah negara negara berhampiran seperti Lubnan terus diserang serta dibedil Israel konon nya memusnahkan pengganas sebaliknya yang bergelimpangan terbunuh adalah orang awam.

        Sampai bila para pemimpin negara negara berkuasa didunia mampu mengambil tindakan keatas segala pencabulan gencata oleh rejim Israel yang tak henti membunuh rakyat Palestin, adakah ianya dibebaskan tanpa dirujuk kepada badan Bangsa Bangsa Bersatu demi mengambil tindakan sewajarnya segala perbuatan membunuh dalam gencatan senjata diseluruh Gaza dan sempadan Lubnan. 

     Penduduk Palestin di seluruh Gaza serta rakyat Lubnan disempadan kerap sekali menjadi sasaran pembunuhan Israel yang terus ditonton oleh masyarakat seluruh dunia, kanak kanak dan wanita yang bergelimpangan akibat sasaran senjata Israel tidak pernah rasa bersalah apa tak lagi memohon maaf mereka lah yang wajar digelar pembunuh tidak bertempat. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang