Isnin, 3 Ogos 2020

PRN SABAH PANAS
Oleh. Jaitos Dumiri
Semua parti politik sudah mempersiapkan jentera mereka bagi menghadapi pilihan raya negeri Sabah sebaik suruhanjaya pilihan raya menerima notis pembubaran kerusi dewan undangan negeri Sabah beberapa hari lepas, antara yang memperkasa jentera mereka termasuklah UMNO SABAH, MCA, PAS, PBS, PBRS, STAR, SAPP dan BERSATU manakala mempertahankan kedudukan kepimpinan negeri Sabah ialah WARISAN, UPKO, PKR, DAP, AMANAH yang dipercayai memastikan mereka sedaya upaya mempertahankan tampuk kerajaan negeri yang mereka bubarkan akibat berlaku 13 Adun mereka berpaling tadah menyokong  Tan Sri Musa Aman bagi membentuk kerajaan negeri Sabah yang baru selepas kumpulan UPKO yang melompat memberi kuasa pembentukan kerajaan PH campuran WARISAN dua tahun yang lepas sehingga BN Sabah gagal membentuk kerajaan selepas pru ke 14 yang lalu.
Cabaran pilihan raya kali ini panas berikutan bukan sahaja GBS, UMNO MAUFAKAT NASIONAL DAN BERSATU berdepan dengan WARISAN, UPKO, DAP, PKR dan AMANAH malah terdapat kem parti baru seperti Parti Gagasan Rakyat Sabah (Bersendirian)  dengan Parti Anak Negeri juga bersendirian dijangka menurunkan calon bertanding dalam pilihan raya negeri kali ini menurut sumber terdekat kedua dua parti berkenaan.
Rakyat Sabah lebih matang berpolitik masa kini dengan tidak mahu diungkap kata kata manis sahaja sebaliknya memerlukan pemimpin merancak pembangunan dan mempertingkatkan ekonomi warga luar bandar dalam jangkamasa panjang ujar mereka yang ditemui.






Nota. Tidak dibenarkan membuat ulasan dalam penyiaran ini tanpa kebenaran dari penerbit. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan