Rabu, 26 Ogos 2020

ADA PEMIMPIN PARTI SEMBUNYI DIBURU RAKYAT
Oleh. Bujie Tuekarang
Sabah. Beberapa ahli parti politik yang melobi menjadi calon dalam pilihan raya negeri Sabah kali ini dipercayai bersembunyi dari buruan rakyat jelata berdaftar sebagai pengundi sejak beberapa minggu lalu, kebanyakan golongan yang melobi menjadi calon menghindari rakyat berikutan kebimbangan mereka gagal meraih kemenangan jika dicalonkan serta enggan membantu beberapa permohonan yang dikemukakan rakyat jelata dalam kawasan yang mereka impikan bertanding pilihan raya.
Antara luahan rakyat yang dipermainkan golongan melobi calon dalam pilihan raya negeri dengan ragam mengaku orang kaya lah berpangkat orang kenamaan lah namun menghulur bantuan rakyat memerlukan pun tidak bermurah hati, ada juga bakal melobi calon setakat memiliki sumber kewangan untuk penamaan calon pilihan raya namun berlagak jutawan baru sebagai meraih sokongan undi dari segenap golongan pengundi agar menjadi wakil rakyat bergaji bulan sebaik dipilih menjadi YB tanpa memerhati kesusahan rakyat sebenar ujar mereka.
Dalam konteks ini orang asal Sabah perlu bijak memerhatikan gelagat golongan yang berlumba lumba melobi menjadi calon pilihan raya tanpa keiklasan membela rakyat yang sebenar apa tak lagi melibatkan wang ringgit dan prasarana perkampungan yang dipohon warga desa.







Nota. Dilarang menulis sebarang ulasan didalam akbar ini tanpa kebenaran dari pihak penerbit. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan