Isnin, 31 Ogos 2020

ANCAM SERANG SABAH PERLU DISEDARI
Oleh. Huzera Ben
Mindanao. Dunia gempar dengan hasrat kumpulan pemisah di Mindanao berhasrat menawan Sabah sebagai hak milik mereka menjelang pilihan raya negeri pada 26 September 2020.
Sungguhpun vedio tersebut tersebar sejak beberapa minggu lalu namun orang politik pelbagai parti belum ada jawaban walaupun vedio berkenaan bersiap sedia mahu memasuki Sabah dengan kelengkapan yang luar biasa lengkap pakaian perang mereka.
Kru media yang mendapat ulasan dari beberapa pesara Tentera unit Renjer Sarawak dimaklumkan mereka tidak bimbang dengan ancaman pemisah dari negara jiran Mindanao namun amat membimbangkan adalah sebilangan pemimpin pelbagai parti politik yang langsung tidak bersuara memberi keyakinan pada keselamatan rakyat berbilang kaum di Sabah apakah visi dan misi mereka jika diundi menjadi wakil rakyat sedangkan diancam tentera pemisah dari Philipina langsung senyap tidak bersuara ujar mereka.
Menurut bekas kumpulan Renjer Sarawak yang sudah bersara 16 hingga 18 tahun perkhidmatan kumpulan pemisah tidak perlu mengugut mencemaskan orang Sabah sebab cubit telinga kanan terasa telinga kiri demikian juga Sabah jika diusik Borneo Sarawak dan Kalimantan tidak berdian diri apa tak lagi masih ramai pesara tentera yang sihat dan cerdas tegas mereka.










Nota. Dilarang membuat ulasan dalam akbar ini tanpa kelulusan dari pihak penerbit.  Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan