POLITIK SABAH SIAPA DIPILIH RAKYAT?
Oleh. Basron Kirwan
Pilihan raya negeri Sabah kali ini panas berikutan pertambahan parti politik baru yang dilaporkan bersendirian mahu bertanding dalam prn kali ini bersaing dengan parti gabungan antara Maufakat nasional dengan pakatan harapan, menurut sumber Parti Cinta Sabah dan Parti Gagasan Sabah akan menurunkan calon mereka dalam 73 kerusi yang disebarkan penyokong mereka bagi menarik sokongan para pengundi dalam negeri ini walaupun pemimpin tertinggi kedua dua parti berkenaan gagal dihubungi baru baru ini.
Sementara itu bagi parti maufakat nasional pula dilaporkan terjalin antara UMNO SABAH, PBS, STAR, PBRS, MCA, SAPP dan PAS bakal ditentang oleh sekutu WARISAN, UPKO, PKR, AMANAH, DAP bagi mempertahankan tampok kerajaan negeri Sabah dibawah kepimpinan Warisan Sabah.
Antara nama nama parti yang disebut mahu bertanding dalam pilihan raya Sabah ialah Parti MUPP, LDP, BOS, dengan harapan lebih ramai rakyat memberi sokongan parti mereka menjelang pilihan raya akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan