JANGAN BEREBUT JIKA MAHU KEMENANGAN
Oleh. Jasly Dollah
Sabah. Semua parti politik bertanding pilihan raya jika mahukan kemenangan haruslah berkongsi sama banyak kerusi yang rakan rakan seperjuangan parti tanpa mahu yang terbanyak tanpa menghormati rakan parti yang lain khususnya rakan rakan seperjuangan parti dalam gabungan masing masing, sistem seperjuangan agihan kerusi sepakat mengikut keupayaan memenanginya perlu diperbincangkan lebih terbuka tanpa mengguris hati dan perasaan rakan seperjuangan parti politik mantap berwawasan disamping memiliki sokongan rakyat jelata tanpa mementing keperluan golongan yang sekadar menguasai pencalonan terbanyak namun tidak mampu memebangi kerusi terlibat.
Ulasan dari Gilbert Paulus aktivis masyarakat veteran Sabah sebagai mengulas situasi dalam pilihan raya negeri Sabah kali ini dimana 73 kerusi Dun dipertandingkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya berbanding 60 kerusi sahaja pada pru ke 14 yang lepas ujar beliau.
Beliau yakin Dato' Bung Mokthar Radin Pengurusi UMNO Sabah mampu merangka pelan dalam memastikan calon calon yang bertanding bagi Maufakat Nasional didokong oleh rakyat jelata setempat.
Antara yang diterajui rakan seperjuangan Umno ialah, PBS, PBRS, STAR, MCA, SAPP, PAS dan BERSATU setakat ini bagi menghadapi parti parti lawan dari Warisan, UPKO, PKR, DAP dan Amanah jika semua mereka mengambil bahagian bertanding di DUN Sabah katanya.
Nota. Dilarang membuat ulasan dalam akbar ini tanpa kebenaran dari pihak penerbit. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan