Sabtu, 6 Mac 2021

 VIRUS COVID 19 TERUS MENGGANAS 

Oleh. Huzera Ben 

New York. Lebih setahun virus Covid 19 mengganas sehingga telah menjangkiti lebih116.64  (116,647,742) juta orang seluruh dunia manakala korban nyawa lebih 2.60 juta orang sehingga kehari ini. 

Amerika Syarikat antara negara yang paling tinggi mangsa korban serangan Virus Covid 19 dengan melebihi 535,428 orang manakala jangkitan telah melebihi 29.59 juta orang.


Turut merekodkan angka kematian tertinggi serangan Virus Covid 19 ialah India 157,693 orang manakala jangkitan 11.19 juta orang sehingga hari ini. Bagi negara Brazil jumlah rekod kematian lebih 262,000 orang dan rekod jumlah jangkitan sehingga hari ini melebihi 10.87 juta orang.

Rekod jangkitan Virus Covid 19 bagi negara Rusia, United Kingdom sehingga kini melebihi 4 juta orang sementara negara Perancis, Sepanyol dan Itali telah melebihi 3 juta orang. Turki, Jerman, Colombia, Argentina dan Mexico mencatatkan jangkitan lebih 2 juta orang setiap negara tersebut.

Bagi rekod kematian serangan Virus Covid 19 United Kingdom mencatatkan kematian 124,261 orang manakala Itali merekodkan kematian lebih 99,271 orang sehingga hari ini amat menakutkan masyarakat setempat.

Apapun dalam melindungi keluarga bersama seharusnya pemakaian pelitup muka dengan sempurna diutamakan setiap hari disamping menjarak diri dengan orang ramai setiap hari kira kira 4 kaki seorang.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan