Ahad, 28 Mac 2021


 Oleh. Jasly Dollah 

UMNO KEHILANGAN AHLI YANG SETIA 

Sepanggar. Tangis kesedihan pemergian selamanya Alayarham Maderis Yabag hari ini 28 March 2021 merupakan satu kehilangan besar kepada UMNO bahagian Parlimen Sepanggar.

Alahyarham Maderis Yabag merupakan ahli Umno sejak puluhan tahun lalu namun Allah swt lebih menyayangi Alayarham dimana menghembuskan nafas terakhir waktu tengahari hari ini. 

Demikian pendedahan En. Mili keluarga Alayarham Maderis Yabag yang menghubungi  kru Media Terkini petang tadi semasa mengiringi jenazah ketanah perkuburan Islam Kg. Korongkom Kota Merudu ujar beliau.

Turut mengenali Alayarham Maderis Yabag ialah Marino Ahmad (gambar atas) yang turut mengucap takzih dengan pemergian nya sebagai rakan semasa hidup moga ditempatkan dalam orang beramal soleh katanya.

Marino Ahmad mengakui kenal lama dengan Alayarham Maderis Yabag namun tidak menduga begitu cepat pemergian Alayarham meninggalkan seluruh keluarganya tegas beliau.

Turut berdukacita dengan pemergian Alayarham Maderis Yabag ialah rakan rapatnya En. Solimin Sikul dari Sook Keningau yang amat terperanjat dengan pemergian nya hari ini semoga Alayarham ditempatkan dalam kalangan orang orang beriman katanya.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan