Selasa, 30 Mac 2021





 Oleh. Williem Anak Lagau 

SEJAK BILA BUS STOP JADI TERMINAL?

Kota Kinabalu. Pengguna jalan raya pantai barat Kota Kinabalu menggesa kerajaan negeri menerangkan sejak bila setiap BUS STOP sepanjang jalan dari Kota Kinabalu sampai Rugading diwartakan sebagai TERMINAL BUS MINI MENUNGGU PENUMPANG sehingga sukar kenderaan lain mengambil saudara mereka disetiap bus stop berkenaan.

Semua Bus Stop seperti Belakang SESB KERAMUNSING, DEPAN RTM LAMA, Sepanjang Bus Stop Likas Santau, Depan Kedai Likas, Bus Stop Kong Guan, Bus Stop dekat Kedai Terminal Inanam, Depan Lampu Isyarat Kedai Inanam, Bus Stop depan Balai Polis pembinaan Inanam, Depan Lampu Isyarat Kedai Menggatal, Bus Stop Putera Jaya Telipok, Semua Bus Stop Pekan Telipok dan Bus Stop depan Sekolah St. Peter Telipok serta semua Bus Stop Kawasan Taman Seri Rugading tegas pengguna laluan jalan raya tersebut. 

Perbuatan ini berlaku setiap hari sejak tahun lalu antara jam 6.30 pagi hingga 4.00 petang silih berganti Bus Mini memenuhi Bus Stop tersebut dengan pemandu menggunakan telipon bimbit mengarahkan rakan pemandu mereka memenuhi Bus Stop yang kosong demi menguasai Bus Stop sepanjang jalan tersebut agar semua penumpang boleh mereka tipu menaik kadar tambang demi keuntungan mereka sendiri tegas pengguna jalan raya yang ditemui.

Selain dari itu, penumpang Bus Mini yang ditemui juga melaporkan kadar tambang kurang 1 batu pun RM2.00 manakala tambang dari Kota Kinabalu ke Puterajaya serta Pekan Telipok RM4.00 sedangkan kadar tambang sebenar adalah RM1.00 dan RM3.00 sahaja ujar penumpang Bus Mini bertahun tahun lamanya tegas mereka.

Terdapat juga aduan penumpang yang terdapat PEMANDU BUS MINI BIADAP bila ditegur dalam aspek menaik kadar tambang sesuka hati mereka tanpa mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan sebenar.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan