Jumaat, 19 Mac 2021

Oleh. Gason Dumiri 

PENIAGA  PEKERJA KEDAI KOPI PERLU JALANI LATIHAN 

Kota Kinabalu. Peniaga dan pekerja kedai kopi wajib jalani latihan asas kebertanggongjawaban terhadap setiap pelanggan diseluruh negeri ini demi menentukan kebersihan dalam menghidang setiap pesanan pelanggan setiap masa.

Kepentingan diwajibkan berkursus ini disuarakan beberapa pelanggan yang teraniya dengan pelayan tidak bertanggongjawab setiap kali berhadapan pelanggan dipermis tempat mereka bertugas sepanjang masa.

Antara kes yang kerap berlaku ialah MULUT GELAS PECAH dihidangkan pelanggan namun ianya sekadar tukar gelas dengan minuman sama dipindahkan pada gelas lain  membuatkan pelanggan takut hendak minum dan angkat kaki berpindah ke kedai kopi lain walaupun kerugian masa menanti pesanan yang tidak selamat untuk diminum jelas beberapa mangsa yang menghubungi media terkini.

Perbuatan seumpama merupakan trend yang ditinggalkan warga asing dan mula dicontohi segelintir warga tempatan yang tidak mengutamakan keselamatan pelanggan mereka akibat tidak memiliki asas memelihara nyawa masyarakat yang melanggani tempat mereka cari makan. 

Dengan pendedahan ini semua warga yang memasuki mana mana kedai kopi perlu berwaspada dengan tindak tanduk pelayan yang menghidang minuman mereka khususnya mulut gelas tempat minuman pelanggan perlu diteliti sebelum meminum sebarang minuman yang dipesan ujar beberapa mangsa yang mendedahkan kes tersebut. 


 Oleh. Jasly Dollah

BUS PENUH TAMBANG NAIK BERGANDA 

Kota Kinabalu. Pengguna pengabgkutan awam terus keciwa dengan pemandu Bus Mini yang terus menaik kadar tambang walaupun masa kini Bus Mini mereka penuh antara 12 hingga 13 penumpang sekali berjalan.

Pengguna pengangkutan Bus Mini melaporkan Bus Mini dibenarkan mengutip tambang dari Telipok ke Kota Kinabalu RM4.00 seorang semasa operasi mereka boleh memuat 6 penumpang akibat SOP diperketatkan, sebaliknya sehingga kini Bus Mini sudah dibenarkan beroperasi penuh 12 hingga 13 penumpang namun pemandu terus mengekalkan kadar tambang tersebut umpama Makan Tulang penumpang setiap trip mereka berjalan tanpa rasa bersalah dengan para penumpang mereka yang memberi mereka reziki tiap hari sebagai sara hidup keluarga mereka setiap masa ujar pengguna menjadi mangsa.

Menurut pengguna Bus Mini (Pengangkutan Awam) pendedahan mereka kali ini meminta bantuan kerajaan negeri Sabah agar turun padang menyiasat semua Bus Mini yang beroperasi KK, LIKAS, INANAM, MENGGATAL, TELIPOK, TELIPOK RIA, TAMPALURI dan TUARAN amnya seluruh pantai barat Sabah agar rakyat jelata tidak menjadi mangsa penipuan pemandu tidak berhati perut tegas mereka keciwa.

Kru Media Terkini telah memanjangkan laporan ini menerusi beberapa wakil rakyat Dun Sabah yang juga berstatus menteri namun sehingga berita ini ditulis belum ada sebarang kenyataan yang mereka beri kan.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan