Ahad, 28 Mac 2021

Sorotan Sepanjang Minggu 
Oleh. Williem Anak Lagau 
HATI HATI KANAK KANAK MINTA SEDEKAH 
Sejak beberapa bulan lalu kanak kanak dilapor meminta sedekah wang ringgit di 1 Borneo dengan pelbagai helah sehingga ramai menghulur wang ringgit dan beras untuk sara hidup keluarga mereka.
Menurut sumber kanak kanak terlibat mungkin diperalat sahaja bagi meminta sedekah bergerak sekitar 1 Borneo dengan pelbagai alasan sehingga orang ramai berjaya ditunduk dengan seribu alasan bagi memperolehi wang dan beras serta barang dapur yang lain ujar orang ramai sekitar.
LANGSUNG TIDAK SOPAN PADA ORANG ASAL
Berwaspada dengan tingkahlaku sebilangan orang asing dibeberapa daerah dalam Sabah berikutan mereka langsung tidak hormat semasa melintasi orang asal negeri ini dengan sanggup menghimpit orang asal berjalan walaupun masih luas jalanan dilalui.
Bayangkan seluas lorong lorong pejalan kaki setiap pekan namun orang asing sanggup melanggar atau menghimpit orang asal walaupun orang asing itu boleh berjalan tanpa melanggar orang asal negeri namun akibat ego dan sombong melihat orang Sabah yang tidak pernah memusuhi mereka.
Pertumbuhan warga asing diseluruh Sabah juga menjadi kebimbangan sebilangan orang asal negeri ini dimana golongan terlibat umpama masyarakat yang lebih berkuasa sampai hilang sopan santun terhadap orang asal negeri ini jelas warga asli Sabah.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan