Khamis, 11 Mac 2021

 Oleh. Gifkir Aming

HIMPUNAN PENJUAL DITAMU SOP TERABAI 

Sabah. Rakyat perlu mengutamakan perlaksanaan SOP dalam kawasan tapak tamu mingguan yang diluluskan pihak kerajaan negeri bagi mencegah Virus Covid 19 dari terus merebak dipelusuk negeri ini. 


Kebanyakan pengunjung Tamu Mingguan yang baru dibuka dibeberapa daerah dalam negeri ini merasa takut melihat orang ramai berpusu pusu tanpa penjarakan sosial berjalan dalam lingkungan tapak Tamu Mingguan terlibat ujar mereka.

Pembukaan Tamu Mingguan juga tidak nampak pihak penganjur mampu memantau penjarakan para pengunjung yang mahu membeli belah sekitar tamu berkenaan walaupun kelihatan mulut ditutup namun semua hidung terus terbuka tanpa memakai pelitup muka dengan sempurna.

Para pengunjung juga saling bergesel badan bersesak sekitar tamu mingguan tanpa ada rasa kebimbangan dengan penularan Covid 19 melainkan dipandang bagi mereka yang terus memantau dari jauh kelalaian sebilangan pelawat sekitar tamu mingguan terlibat.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan