Ahad, 28 Mac 2021



 Oleh. Huzera Ben

VIRUS COVID 19 TIDAK BERDIAM

New Yorks. Virus covid 19 terus menyerang siang dan malam tanpa berhenti memilih siapa juga yang cuai dalam menjaga SOP diri dengan masyarakat sekeliling setiap masa termasuklah negara maju mahupun negara membangun.

Dunia merekodkan kematian terbaru hari ini serangan virus covid 19 melebihi 2.77 juta orang manakala jangkitan melebihi 126.68 juta orang sejak lebih setahun yang lepas.

Amerika Syarikat terus diangka tertinggi kematian serangan virus covid 19 dengan jumlah lebih 561,139 orang manakala jangkitan terus meningkat 30.85 juta orang juga lebih setahun lepas.

Brazil juga terus merekodkan kematian serangan virus covid 19 melebihi 307,326 orang manakala catatan jangkitan sejak lebih setahun lepas kini melebihi 12,407,323 juta orang.

Bagi kematian serangan virus covid 19 sejak lebih setahun yang lepas negara India merekodkan 161,275 orang sementara jangkitan pula melebihi 11.90 juta orang.

Tiga negara merekodkan  jangkitan yang ditahap menakutkan masyarakat setempat ialah Rusia 4.51 juta orang, United Kingdom 4.32 juta orang sementara Perancis 4.46 juta orang.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan