Jumaat, 19 Mac 2021

Oleh. Gason Dumiri

MELALAP PERLU GERAK KE DEPAN 

Tenom. Teraju kepimpinan kerajaan negeri dalam mendepani rakyat dikawasan DUN Melalap dilaporkan tersusun rapi walaupun kerusi tersebut dimenangi wakil rakyat dari parti Warisan baru baru ini.

Menurut sumber masyarakat setempat cabaran kepimpinan kerajaan negeri yang mengurus tabdir adat istiadat kawasan setempat harus menjadi telinga dan mata kerajaan memelihara keharmonian kaum disamping memastikan tidak wujud sarang PATI dikawasan tersebut sepanjang masa.

Terdapat juga warga Melalap mencadangkan kepimpinan di pejabat UPPM serta Mahkamah Anak Negeri perlu saling berkerjasama bagi mendepani rakyat agar memahami dasar dan konsep kerajaan negeri dalam menghadapi pilihan raya parlimen dijangka bila bila masa berakhirnya proklamasi Darurat.

Apapun suara warga orang Melalap terserahlah dengan peneraju Mahkamah Anak Negeri mahupun  Pejabat UPPM bagi menyelasaikan segala rungutan rakyat didalam kawasan tanggongjawab mereka ujar rakyat jelata yang ditemui.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan