Jumaat, 12 Mac 2021

 Oleh. Huzera Ben

VIRUS COVID 19 TERUS MENGGANAS 

New York. Virus Covid 19 terus mengganas diseluruh dunia dengan membunuh lebih 2.62 juta orang manakala jangkitan lebih 118.14 juta orang sehingga kehari ini sejak lebih setahun yang lalu. 

Amerika Syarikat terus ditahap tertinggi serangan Virus Covid 19 dengan angka kematian lebih 540,574 orang manakala jumlah jangkitan lebih 29,801,506 juta orang.

Di India turut merekodkan serangan virus covid 19 dengan jumlah 158,029 orang sementara dalam kes jangkitan pula 11,261,470 juta orang sejak lebih setahun yang lalu.

Bagi negara Brazil juga turut diserang virus covid 19 dengan mencatatkan kematian 268,568 orang dan jumlah kes jangkitan sejak lebih setahun lalu melebihi 11 juta orang. 

Bagi jangkitan lebih 4 juta orang negara negara terlibat ialah United Kingdom dan Rusia manakala Perancis dan Sepanyol  melebihi 3 juta orang jangkitan setiap negara tersebut.

United Kingdom merekodkan kematian jangkitan Covid 19 124,717 orang manakala  Itali pula melebihi 100,479 orang sejak lebih setahun yang lalu.

Kes jangkitan lebih 2 juta orang direkodkan bagi negara Turki,Jerman, Colombia, Argentina dan Maxico sejak lebih setahun yang lalu.

Masyarakat seluruh dunia perlu menjaga jangkitan Virus Covid 19 dengan memakai pelitup mulut dan hidung dengan sempurna sentiasa menjarak diri dengan orang lain khususnya PATI disamping membawa pencuci tangan dalam setiap perjalanan seharian.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan