Khamis, 18 Mac 2021


 Oleh. Huzera Ben

TIADA NOKTHA COVID 19

New York. Serangan virus covid 19 semakin merunsing diseluruh dunia berikutan rekod kematian yang tercatat hari ini melebihi 2.69 juta orang manakala jumlah jangkitan melepasi 121.29 juta orang. 

Pesakit yang direkodkan telah sembuh dari serangan virus covid 19 sehingga kehari ini lebih 98.19 juta orang diseluruh dunia.

Dalam dunia memperkemas pengagihan VAKSIN PEMBUNUH VIRUS COVID 19 Amerika Syarikat merekodkan korban terkumpul sehingga hari ini lebih 550,574 orang manakala jumlah jangkitan virus covid 19 lebih dari 30 juta orang.

Negara Brazil turut mencatatkan kematian serangan virus covid 19 lebih dari 285,136 orang sementara jangkitan penyakit tersebut lebih dari 11,700,431 juta orang.

Bagi negara India juga telah merekodkan kematian lebih 159,000 orang disamping mencatat jangkitan lebih 11.47 juta orang, bagi kematian serangan virus covid 19 dinegara United Kingdom sehingga kini lebih dari 125,090 orang manakala Itali juga telah merekod kematian lebih dari 103,001 orang.

Sama sama menjaga kebersihan diri dan penjagaan SOP serta pemakaian pelitup muka dengan sempurna seperti kekal menutup mulut dan hidung tanpa sebarang alasan terlibat yang telah dilakukan golongan terlibat setiap masa.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklan.. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan