Sabtu, 13 Mac 2021


Oleh. Jopis Anak Lagau 

KERAJAAN SABAH PERLU BERTINDAK TEGAS 

KOTA KINABALU. Perbuatan menaik kadar tambang Bus Mini Telipok Ria hingga Kota Kinabalu dengan kapasiti penumpang penuh sepanjang jalan harus diambil tindakan oleh kerajaan negeri demi membantu rakyat yang teraniya oleh pemandu tidak bertanggongjawab.

Selain dari itu sebilangan besar pemandu Bus Mini Telipok Ria Kota Kinabalu dilaporkan sentiasa menjadikan Bus Stop sepanjang jalan sebagai terminal menunggu penumpang sehingga Bus Mini laluan Tuaran Tampaluri tidak boleh berhenti ambil penumpang akibat dimarahi pemandu Bus Mini yang berbaris disetiap Bus Stop sepanjang jalan.

Amat menyedihkan betapa susah nya penumpang yang menunggu Bus Mini Tampaluri atau Tuaran ke Kota Kinabalu sepanjang Bus Stop dari Telipok sampai kompleks Keramunsing ada sahaja Bus Mini berbaris menunggu penumpang menyebabkan Bus Mini tambang patut tidak dinaikan gagal berhenti mengambil penumpang akibat dimarahi sebilangan pemandu yang menaik kadar tambang sesuka hati ujar orang ramai. 

Para penumpang sepanjang jalan dari Telipok sampai Seni Garden dan Kompleks Keramunsing Kota Kinabalu menggesa Kerajaan Negeri Sabah mengarahkan pihak Berkuasa membuat kawalan setiap Bus Stop yang dijadikan Terminal peribadi pemandu Bus Mini serta merta agar tidak menghalang penumpang memilih Bus Mini tambang murah setiap hari tegas mereka. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan