Isnin, 15 Mac 2021

 MAGSA KORBAN COVID 19 TERUS MENINGKAT 

Oleh. Huzera Ben 

New York. Kematian serangan virus covid 19 melebihi 2,664,760 juta seluruh dunia hari ini sangat menakutkan masyarakat dimana juga berada, dalam kes jangkitan terkumpul seluruh dunia hingga kehari ini telah mencecah lebih 120,401,769 juta orang melibatkan negara negara maju yang banyak diserang virus tersebut.

Amerika Syarikat terus diserang virus covid 19 sehingga mencecah kematian lebih 547,220 orang manakala jumlah jangkitan pula terkumpul  lebih setahun lalu lebih 30 juta orang.

Kes disusuli negara India dengan kematian lebih 158,762 orang juga sejak lebih setahun lalu hingga hari ini, kes jangkitan dinegara tersebut turut meningkat dengan merekodkan lebih 11,483,370 juta orang walaupun pelbagai usaha mengawal penyakit tersebut.

Dinegara Brazil juga terus meningkat kematian serangan virus covid 19 dengan merekodkan lebih 278,372 orang manakala jumlah terkumpul jangkitan sehingga kehari ini lebih 11.38 juta orang orang.  
Jumlah kematian bagi negara United Kingdom sehingga kini melebihi 125,516 orang manakala negara Itali juga turut merekodkan angka kematian lebih 102,145 orang sejak lebih setahun yang lalu.
Bagi jumlah jangkitan virus covid 19 sejak lebih setahun lalu melebihi 4 juta orang ialah Rusia, United Kingdom manakala melebihi 3 juta orang direkodkan oleh negara Perancis, Sepanyol dan Itali.
Hanya individu sendiri yang kena memainkan peranan mematuhi segala penjagaan SOP seperti menggunakan pelitup muka bagi menutupi mulut dan hidung setiap hari semasa keluar rumah dan kerap nencuci tangan dimana juga berada setiap hari.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan