Ahad, 7 Mac 2021

 VIRUS COVID 19 TERUS MEMBUNUH 

Oleh. Huzera Ben

New York. Dunia terus gempar dengan serangan Virus Covid 19 sejak lebih setahun lepas sehingga kini telah meragut lebih 2.6 juta orang manakala jangkitan terus meningkat 117.06 juta orang. 


Amerika Syarikat terus merekodkan kematian serangan Virus Covid 19 melebihi 537,118 orang sementara jumlah jangkitan lebih setahun lepas hingga kini melebihi 29.65 juta orang. 

Negara India turut merekodkan jumlah kematian melebihi 157,791 orang dimana jangkitan sehingga hari ini melebihi 11.21 juta orang, bagi Negara Brazil lebih setahun Virus Covid 19 menyerang dunia telah merekodkan lebih 264,000 kematian manakala jumlah jangkitan lebih 10.93 juta orang.

Negara United Kingdom sehingga hari ini telah mecatatkan lebih 124,479 orang kematian manakala negara Itali sepanjang Virus Covid 19 menyerang dunia lebih setahun yang lepas merekodkan jumlah kematian lebih 99,578 orang.

Dalam memerangi Virus Covid 19 yang terus menyerang dunia selain menanti suntikan Vaksin yang disediakan oleh pemerintah negara masing masing, langkah utama yang amat berkesan adalah mematuhi setiap SOP seperti penjarakan sosial yang tepat disamping sentiasa memakai pelitup muka yang sempurna dan kerap membasuh tangan dengan sabun yang anti kuman setiap hari termasuk membersih badan setiap hari. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan