Jumaat, 26 Mac 2021


 Oleh. Huzera Ben

VIRUS COVID 19 TIDAK BERHENTI

New York. Serangan virus covid 19 bagai tidak berhenti menyerang seluruh dunia  walaupun vaksin pemusnah penyakit tersebut sudah ditempah setiap negara diseluruh dunia.

Rekod terbaru mangsa kematian virus covid 19 diseluruh dunia sejak lebih setahun lepas 2.75 juta orang manakala kes jangkitan melebihi 125.41 juta orang tanpa berhenti meragut nyawa setiap hari pada setiap negara.

Amerika Syarikat terus diserang habis habisan virus tersebut dengan kematian angka paling tertinggi sehingga kini dengan kematian 558,422 orang, manakala jangkitan kes serangan virus covid 19 sehingga kehari ini melebihi 30.70 juta orang. 

Bagi negara Brazil  kes kematian serangan virus covid 19 melebihi 301,087 orang sementara jangkitan yang direkodkan sejak lebih setahun lalu ialah 12, 227,179 juta orang.

Turut mendapat serangan virus covid 19 yang tinggi kematian nya sejak lebih setahun lepas ialah India dengan lebih 160,726 orang sementara  jangkitan melebihi 11.78 juta orang sehingga kehari ini.

Turut mendapat serangan tertinggi jangkitan virus covid 19 ialah Rusia dengan melebihi  4.48 juta orang manakala negara United Kingdom ialah 4.37 juta orang.





Nota. Dilaeang membuat ulasan berita dan menaik iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan.Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan