Isnin, 8 Mac 2021

 VIRUS COVID 19 TERUS MEMBUNUH 

Oleh. Huzera Ben 

New York. Virus Covid 19 terus membunuh lebih 2.604,805 juta orang seluruh dunia sehingga kehari ini sementara jangkitan pula mencecah 117.433,799 juta orang bagaikan virus tersebut langsung tidak tidor mencari mangsa diseluruh dunia. 

Antara negara yang paling tertinggi serangan Virus Covid 19 ialah Amerika Syarikat dengan kematian 537,838 orang manakala jumlah jangkitan melebihi 29.696,250 juta orang sehingga hari ini.


Turut melonjak serangan Virus Covid 19 ialah India dengan  catatan kematian 157,890 orang dengan jumlah jangkitan 11.22  juta orang.

Bagi  negara Brazil juga terus meningkat kematian lebih 265,500 orang manakala jumlah jangkitan sejak lebih setahun  lalu melebihi 11 juta orang. Dua negara lagi turut merekodkan kematian tertinggi yakni United Kingdom melebihi  124,501 manakala Itali juga merekodkan 99,785 orang sejak lebih setahun yang lalu.

Patuhi pemakaian SOP dalam penjarakan sosial agar terhindar dari serangan virus covid 19 walau dimana juga warga berada.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan