Jumaat, 15 Januari 2021

SARAWAK AKUR PROKLAMASI DARURAT 

Oleh. Jopis Anak Lagau

Kuching. Kerajaan bersama rakyat Sarawak hormati dan akur dengan Proklamasi Darurat yang di istiharkan diseluruh negara oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri' ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah sehingga 1 Ogos 2021. 

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri Sarawak berkata demikian sebagai menjelaskan pendirian warga Sarawak dengan pengistiharan proklamasi darurat sehingga 1 Ogos 2021 bagi mengekang penularan pandemik Covid 19.

Dalam konteks pengistiharan tersebut berpandukan kepada undang undang yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan bagi nembendung sesuatu penyakit berjangkit perlu pengawalan dari merebak kepada sesebuah negara yang sukar dikawal jelasnya.

Beliau mengakui pilihan raya negeri Sarawak hanya boleh diadakan sebaik Proklamasi Darurat ditarik semula oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong jika Covid 19 dapat diturunkan kepada kes angka yang terlebih rendah.










Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuatkan iklan niaga didalam akbar ini tanpa kebenaran biro Penyiaran dan Pengiklanan. Editor 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan