Sabtu, 9 Januari 2021


 JOE BIDEN PRESIDEN AS 

Oleh. Huzera Ben 

New York. Sebaik Donald Trump mengakui kekalahan dalam pilihan raya lalu Joe Biden bakal mengangkat sumpah sebagai Presiden pada 20 Januari 2021 ini.

Donald Trump membuat pengakuan kemenangan Joe Biden semasa sidang akbar selepas para penyokong nya menyerbu bangunan Capitol ketika kongres bersidang bagi mengesahkan kemenangan Joe Biden dekat sini. 

Kesedaran Donald Trump mengakui kemenangan Joe Biden membolehkan pertukaran Presiden Amerika Syarikat berjalan lancar pada 20 Januari 2021 walaupun Donald Trump mengakui tidak akan menghadiri Majlis Angkat Sumpah Joe Biden sebagai Presiden menggantikan Donald Trump dalam bulan ini.

Pergolakan antara Donald Trump dengan Joe Biden sebelum ini bakal berakhir selepas 20 Januari 2021 sebaik Joe Biden mengangkat sumpah jawatan selaku Presiden Amerika Syarikat yang baharu. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuat iklan didalam akbar ini tanpa kebenaran biro pengiklanan dan penyiaran. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan